Sekolah Rendah Islam Al-Islah SRAI Kulim

Sekolah Rendah Islam Al-Islah SRAI Kulim

Share

Photos from Sekolah Rendah Islam Al-Islah SRAI Kulim's post 24/05/2026

🌟 LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE IPOH, PERAK 🌟

Alhamdulillah, lawatan sambil belajar ke Ipoh & Batu Gajah telah berlangsung dengan lancar pada 22 Mei 2026. 🚍✨

Pelbagai pengalaman, ilmu dan kenangan manis berjaya dikumpulkan sepanjang lawatan ke destinasi menarik seperti Tasik Cermin, Funtasy House Trick Art, Muzium Geologi, Muzium Kapal Korek TT5 dan TT5 Maze Park. πŸŒΏπŸ“š

Semoga program ini memberi manfaat serta menjadi pengalaman bermakna buat semua peserta. Terima kasih kepada semua guru, urusetia dan peserta yang memberikan komitmen terbaik sepanjang program berlangsung. ❀️

Photos from Sekolah Rendah Islam Al-Islah SRAI Kulim's post 13/05/2026

🌸 PRA SAMBUTAN HARI GURU 2026 🌸

Walaupun Sambutan Hari Guru akan diraikan secara rasmi peringkat sekolah pada 14 Mei 2026, suasana dan kemeriahan sambutan telah mula dirasai lebih awal menerusi pelbagai aktiviti menarik bermula 11 Mei 2026 bagi menyemarakkan lagi vibes Hari Guru di sekolah. ✨

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

πŸ’Œ *Dedikasi Ucapan Murid Buat Guru Tersayang*
Murid menulis ucapan istimewa pada kad bersaiz A4 untuk diberikan kepada guru pada sambutan rasmi Hari Guru nanti.

⭐ *Undian 10 Kategori Guru*
Setiap murid menerima 26 sticker untuk membuat undian pada 13 Mei bagi pelbagai kategori seperti Guru Paling Rajin, Guru Paling Penyayang dan banyak lagi.

πŸ“± *Undian Guru Paling Komited*
Waris turut berpeluang membuat undian secara atas talian bagi memilih 10 Guru Paling Komited bermula 11 Mei hingga 13 Mei 2026.

🌈 *Pertandingan β€œSenangkan Hati Guru”*
Pertandingan ini berlangsung dari 11 Mei hingga 13 Mei 2026, di mana setiap guru akan membuat penilaian berdasarkan sikap dan usaha murid dari segi akhlak, belajar bersungguh-sungguh dan disiplin.

πŸŽ€ Membuat Bouquet Bunga Kertas bagi Murid Tahap 1 pada waktu Tarbiah/Koko.

Semoga segala aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan lagi hubungan antara murid dan guru serta menyuntik rasa penghargaan terhadap jasa insan bergelar pendidik. ❀️

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Kulim?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No. 132 Jalan Putra 8, Kilang Lama
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 07:45 - 16:00
Tuesday 07:45 - 16:00
Wednesday 07:45 - 16:00
Thursday 07:45 - 16:00
Sunday 07:45 - 16:00