Ansara PDRM

Ansara PDRM

Share

Photos from Ansara PDRM's post 29/05/2026

Takziah Al-Fatihah

Dengan penuh rasa dukacita, ANSARA PDRM merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Andicka bin Affendi, Mantan Presiden LDP dan Alumni MRSM PDRM SPM 2001, atas pemergian beliau ke rahmatullah.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa beliau, melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, kesabaran serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.

Photos from Ansara PDRM's post 16/05/2026

Perlawanan Suku Akhir Liga Alumni 2025/2026 di antara ANSARA PDRM dan SAJOHA telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Mei 2026 di Padang Agrobank, Bangi.

Dalam perlawanan tersebut, ANSARA PDRM berjaya mencatat kemenangan 3-0 ke atas SAJOHA sekali gus melayakkan pasukan ke peringkat separuh akhir kejohanan.

Pihak pasukan merakamkan penghargaan kepada semua pemain, urusetia dan para penyokong yang hadir memberikan sokongan sepanjang perlawanan berlangsung.

Semoga semangat kesukanan dan ukhwah seperti ini dapat terus dipupuk serta menjadi galakan kepada alumni lain untuk terus aktif dalam aktiviti sukan dan jaringan komuniti. ⚽

30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 2026

Terima kasih kepada seluruh warga kerja 👷‍♂️👩‍⚕️👨‍🔬👨‍🍳👮‍♂️ yang menjadi tulang belakang kemajuan negara. Setiap usaha, keringat dan dedikasi anda amat dihargai.

Pekerja Madani, Kesuma Bangsa.

Ikhlas daripada ANSARA PDRM.

18/02/2026

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan kesejahteraan buat kita semua. Ikhlas daripada ANSARA PDRM.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kulim?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Kulim
09000