Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kulim

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kulim

Share

14/07/2026

Bagi sekolah yang berminat untuk menghantar penyertaan ke Kem Motivasi SPM,sila isi maklumat pada pautan yang disediakan.

https://forms.gle/ACiQgXinAZE8XgJu7

*📌 Tarikh akhir pendaftaran: 16/7/26 sebelum 9.00 pagi*

Terima kasih atas kerjasama semua pihak.

âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–âž–
Perhatian: Ini adalah broadcast message.Abaikan mesej ini jika sekolah tuan/puan telah menghantar penyertaan.

Photos from Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kulim's post 14/07/2026

PENGARAH PKWR DUN KULIM HADIR MESYUARAT PENYELARASAN BAKTI SISWA 2026 PERINGKAT NEGERI KEDAH

ALOR SETAR – Yang Berbahagia Ustaz Mohammad Iskandar Shah Bin Ibrahim,Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim merangkap Pegawai Khas YB ADUN Kulim telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Bakti Siswa 2026 Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung di Wisma Darul Aman mewakili Yang Berhormat ADUN Kulim.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Prof. Haim Hilman Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra.

Program Bakti Siswa 2026 melibatkan penyertaan daripada 36 kawasan DUN di seluruh Negeri Kedah dengan anggaran seramai 1,500 mahasiswa akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti khidmat masyarakat.Inisiatif ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara mahasiswa dan komuniti melalui pelaksanaan program berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Mesyuarat penyelarasan ini diadakan bagi membincangkan pelaksanaan program,pembahagian penempatan mahasiswa,penyelarasan logistik serta memastikan setiap DUN bersedia menerima kehadiran peserta agar program dapat dilaksanakan dengan teratur dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim menyambut baik penganjuran Program Bakti Siswa 2026 dan komited memberikan kerjasama penuh bagi menjayakan pelaksanaan program di DUN Kulim. Diharapkan program ini bukan sahaja dapat memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa, malah dapat mempererat hubungan antara institusi pengajian tinggi, kerajaan negeri dan masyarakat setempat.

Photos from Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kulim's post 14/07/2026

DUA KEJADIAN POKOK TUMBANG DI KAMPUNG GUNUNG BONGSU DAN KAMPUNG SUNGAI BULUH DESA TERUNA,PKWR DUN KULIM TURUN TINJAU KEADAAN

KULIM – Dua kejadian pokok tumbang yang berlaku di Kampung Gunung Bongsu dan Kampung Sungai Buluh,Desa Teruna telah mengakibatkan kerosakan harta benda sekali gus menjejaskan penduduk yang terlibat.

Kejadian pertama berlaku sekitar jam 2.00 pagi pada Ahad lalu di Kampung Gunung Bongsu apabila sebatang pokok tumbang secara tiba-tiba akibat struktur bahagian bawah pokok yang telah reput.Pokok tersebut menghempap struktur bumbung sebuah rumah sehingga menyebabkan kerosakan yang agak kritikal.Bagaimanapun,tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu,satu lagi kejadian berlaku di Kampung Sungai Buluh Desa Teruna Sedim apabila sebatang pokok tumbang akibat hujan lebat berserta angin kencang.Kejadian tersebut turut menyebabkan kerosakan pada harta benda dan memerlukan tindakan segera bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.

Susulan kedua-dua kejadian tersebut,Pegawai Khas YB ADUN Kulim merangkap Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim,Ustaz Mohammad Iskandar Shah Bin Ibrahim telah turun padang meninjau keadaan di kedua-dua lokasi bagi melihat sendiri tahap kerosakan serta mendapatkan maklumat berkaitan kejadian.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim akan membantu menyelaras tindakan susulan bersama agensi-agensi berkaitan bagi memastikan bantuan yang sewajarnya dapat disalurkan kepada mangsa yang terjejas.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk penduduk setempat, pihak berkuasa dan agensi berkaitan yang bertindak pantas membantu membersihkan kawasan serta memastikan keadaan kembali selamat.Semoga segala urusan mangsa dipermudahkan dan proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Photos from Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kulim's post 13/07/2026

YB Wong Chia Zhen Rasmi Majlis Penyerahan Sistem Penapisan Debris SIRIM kepada Komuniti Mukim Sedim

SEDIM, KULIM – Yang Berhormat Wong Chia Zhen, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim telah menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyerahan Sistem Penapisan Debris SIRIM kepada komuniti warga Mukim Sedim dalam satu majlis yang berlangsung dengan penuh meriah.

Sistem Penapisan Debris yang dibangunkan ini merupakan satu inisiatif penting bagi memastikan bekalan air yang lebih bersih dan berkualiti dapat disalurkan kepada masyarakat.Sistem tersebut berfungsi menapis sisa-sisa debris sebelum air disalurkan kepada pengguna sekali gus membantu meningkatkan kecekapan sistem bekalan air masyarakat yang memberi manfaat kepada hampir 3,000 pengguna di sekitar komuniti Mukim Sedim.

Turut sama dalam majlis ini ialah Dr. Md Azman bin PKM Seeni Mohamed,Senior Director SIRIM Kulim;Encik Ahmad Mukram Mohamed,Naib Presiden Kanan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM);Ustaz Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim,Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim;Encik Muhammad Syapawi bin Sharif,Penghulu Mukim Sedim;wakil Pejabat Hutan Kedah Selatan,wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kulim,wakil Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kulim,wakil Pejabat Kesihatan Daerah Kulim,Ahli Jawatankuasa Bekalan Air Masyarakat Mukim Sedim serta Majlis Ketua Kampung Mukim Sedim.

Dalam ucapannya,beliau merakamkan penghargaan kepada SIRIM,Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) serta semua agensi dan pihak yang terlibat dalam merealisasikan projek ini.Beliau berharap sistem yang diperkenalkan ini dapat memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk Mukim Sedim serta menjadi contoh kerjasama strategik antara kerajaan,agensi penyelidikan dan komuniti dalam menyediakan kemudahan asas yang lebih berkualiti.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada SIRIM Berhad,khususnya SIRIM Kulim diatas komitmen serta kepakaran teknikal yang dicurahkan dalam membangunkan Sistem Penapisan Debris ini.Penghargaan yang sama turut dizahirkan kepada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) atas sokongan dan kerjasama strategik dalam menjayakan projek berimpak tinggi ini demi kesejahteraan masyarakat Mukim Sedim.

Semoga jalinan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Kedah,SIRIM,Yayasan Inovasi Malaysia (YIM),agensi-agensi kerajaan serta komuniti setempat akan terus diperkukuhkan bagi melaksanakan lebih banyak inisiatif berteraskan inovasi yang mampu meningkatkan taraf hidup rakyat dan memastikan kemudahan asas yang berkualiti dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat.

Photos from Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kulim's post 13/07/2026

25 Suri Rumah DUN Kulim Terima Perlindungan SKIM Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO

KULIM – Seramai 25 suri rumah di DUN Kulim kini menerima perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO yang ditaja menerusi inisiatif Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim dengan kerjasama Pejabat EXCO Hal Ehwal Sumber Manusia Negeri Kedah.

Penyampaian sijil perlindungan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Wong Chia Zhen,Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim.

Turut hadir dalam program ini ialah Pengurus PERKESO Kulim,yang telah menyampaikan penerangan mengenai manfaat serta perlindungan yang disediakan di bawah SKSSR. Para peserta turut diberikan penjelasan berkenaan pelbagai faedah yang boleh dinikmati oleh pencarum termasuk perlindungan sekiranya berlaku kemalangan,keilatan atau kematian ketika menjalankan urusan dan tanggungjawab menguruskan rumah tangga.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Kedah dalam memperkukuh jaringan perlindungan sosial kepada golongan suri rumah yang memainkan peranan penting dalam institusi keluarga dan pembangunan masyarakat.

Diharapkan lebih ramai suri rumah akan mendapat manfaat daripada skim ini serta menyedari kepentingan memiliki perlindungan sosial demi kesejahteraan diri dan keluarga.Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim bersama Pejabat EXCO Hal Ehwal Sumber Manusia akan terus berusaha membawa lebih banyak inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat khususnya golongan wanita dan keluarga di DUN Kulim.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada PERKESO Kulim atas kerjasama serta komitmen dalam menjayakan program ini, sekali gus memastikan lebih ramai suri rumah mendapat akses kepada perlindungan sosial yang sewajarnya.

Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.

Photos from Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kulim's post 09/07/2026

TINDAKAN PANTAS AGENSI BERKAITAN TANGANI INSIDEN POKOK TUMBANG DI KAMPUNG BATU 10

KULIM, 9 Julai – Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim telah menerima aduan berhubung kejadian pokok tumbang yang menghempap wayar elektrik di Kampung Batu 10 sekitar jam 4.00 petang tadi.

Sejurus menerima maklumat,Yang Berbahagia Ustaz Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim,Pegawai Khas YB ADUN Kulim merangkap Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim telah membuat laporan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kulim untuk tindakan segera.Susulan laporan tersebut, pihak JKR telah memaklumkan kejadian berkenaan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kulim bagi tindakan lanjut memandangkan kejadian melibatkan wayar elektrik.

Maklumat lokasi kejadian adalah seperti berikut:

Lokasi: FT136
Seksyen: 34.60 LHS

Susulan itu, beberapa agensi telah digerakkan ke lokasi bagi menguruskan insiden tersebut.Kerja-kerja pemotongan dan memangkas dahan pokok tumbang telah dilaksanakan oleh pihak TNB Kulim manakala kawalan trafik di lokasi dikendalikan oleh THB Maintenance.Turut mengawal keadaan di lokasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kulim bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta kelancaran operasi sepanjang kerja-kerja dijalankan. Hasil kerjasama semua agensi yang terlibat,keadaan trafik di lokasi berjaya dikawal.

Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JKR Daerah Kulim, TNB Kulim, PDRM Daerah Kulim serta THB Maintenance atas tindakan pantas, kerjasama erat dan komitmen yang diberikan dalam menangani kejadian ini. Kerjasama bersepadu antara semua agensi yang terlibat amat dihargai dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara.

Photos from Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kulim's post 09/07/2026

PEGAWAI KHAS YB ADUN KULIM TINJAU MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG BUKIT BESAR

KULIM, 8 Julai – Yang Berbahagia Ustaz Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim,Pegawai Khas YB ADUN Kulim merangkap Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim telah turun padang meninjau keadaan sebuah rumah yang musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Bukit Besar pada petang kelmarin.

Tinjauan tersebut diadakan bagi melihat sendiri tahap kerosakan yang dialami mangsa serta mendapatkan maklumat awal berhubung keperluan segera yang diperlukan oleh keluarga terlibat.

Dalam kesempatan itu,beliau turut menzahirkan rasa simpati terhadap musibah yang menimpa mangsa dan mendoakan agar mereka diberikan ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi dugaan ini.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim akan terus berusaha menyelaras bantuan yang bersesuaian bagi memastikan mangsa menerima sokongan yang diperlukan.

Semoga keluarga yang terjejas dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan urusan untuk bangkit semula selepas ujian yang menimpa.

Photos from Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kulim's post 09/07/2026

ZIARAH DAN TINJAU KEROSAKAN RUMAH AKIBAT DIHEMPAP POKOK DI KAMPUNG GUNUNG BONGSU

KULIM, 07 Julai – Yang Berhormat Wong Chia Zhen,Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim bersama Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim, Ustaz Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim serta wakil Majlis Ketua Kampung (MKK) telah mengadakan ziarah dan tinjauan ke rumah seorang penduduk di Kampung Gunung Bongsu yang mengalami kerosakan akibat dihempap pokok dalam kejadian ribut yang melanda kampung tersebut pada minggu lalu.

Lawatan ini bertujuan melihat sendiri keadaan rumah mangsa,khususnya struktur bumbung yang mengalami kerosakan teruk dan memerlukan kerja-kerja baik pulih segera bagi memastikan keselamatan serta keselesaan penghuni.

Hasil tinjauan mendapati kerosakan yang dialami memerlukan tindakan segera.Sehubungan itu,bantuan kecemasan berbentuk barangan baik pulih akan disalurkan dalam masa terdekat bagi membantu membaik pulih bumbung rumah yang rosak agar kediaman tersebut kembali selamat untuk didiami.

Beliau juga menyatakan,kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan khususnya kepada penduduk yang ditimpa musibah. Beliau turut menegaskan bahawa Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim akan terus bekerjasama rapat dengan Majlis Ketua Kampung (MKK) bagi memastikan setiap penduduk yang memerlukan bantuan menerima perhatian dan tindakan sewajarnya.

Semoga segala urusan baik pulih berjalan lancar dan keluarga yang terlibat diberikan ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini.

Photos from Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kulim's post 09/07/2026

Santuni Komuniti Kampung Gunung Bongsu, Sampaikan Bantuan kepada Penerima dan Institusi Setempat

Kulim, 07 Julai – Prihatin terhadap kebajikan rakyat dan keperluan komuniti setempat Yang Berhormat Wong Chia Zhen,Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim,telah mengadakan lawatan dan ziarah ke Kampung Gunung Bongsu bagi menyampaikan beberapa bantuan kepada penerima yang layak serta institusi komuniti.

Dalam lawatan tersebut,YB Wong Chia Zhen telah menyerahkan sumbangan i-Kafalah kepada salah seorang penerima di Kampung Gunung Bongsu.Sumbangan I-Kafalah ini merupakan inisiatif daripada kerajaan negeri Kedah kepada individu yang kehilangan orang tersayang/tercinta.

Beliau turut menyampaikan baju sukarelawan kepada Majlis Ketua Kampung (MKK) Felda Gunung Bongsu dan wakil Kampung Dingin bagi kegunaan sukarelawan yang terlibat dalam penyediaan makanan semasa program kemasyarakatan,kenduri serta aktiviti penduduk.

Pada masa yang sama,sebuah speaker turut diserahkan kepada pentadbiran Tabika KEMAS Kampung Gunung Bongsu bagi membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran, selain memudahkan pelaksanaan aktiviti bersama murid-murid tabika.

Turut hadir mengiringi program ialah Yang Berbahagia Ustaz Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim,Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim, bersama barisan Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Gunung Bongsu.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan YB Wong Chia Zhen bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim dalam memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara,di samping menyokong keperluan komuniti dan institusi setempat agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.

Photos from Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kulim's post 09/07/2026

YB Wong Chia Zhen Serah Sumbangan TV LCD kepada Klinik Kesihatan Mahang

Mahang, Kulim, 7 Julai – Prihatin terhadap keperluan kemudahan kesihatan demi memastikan perkhidmatan kepada masyarakat terus berjalan dengan lancar,Yang Berhormat Wong Chia Zhen,Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, telah menyerahkan sumbangan sebuah televisyen LCD kepada Klinik Kesihatan Mahang untuk kegunaan di bilik X-ray.

Sumbangan tersebut diberikan berikutan televisyen sedia ada yang digunakan di bilik X-ray telah mengalami kerosakan dan tidak lagi dapat berfungsi,sekali gus menjejaskan kelancaran operasi serta perkhidmatan kepada para pesakit.

Turut hadir mengiringi penyerahan sumbangan ialah Yang Berbahagia Ustaz Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim,Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim merangkap Pegawai Khas YB ADUN Kulim.

Dalam lawatan tersebut, YB Wong Chia Zhen turut meluangkan masa menyantuni para pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Mahang serta bertanya khabar dan mendengar sendiri pandangan mereka mengenai perkhidmatan yang disediakan.

Pada masa yang sama, beliau turut meninjau beberapa aduan yang dikemukakan oleh pihak pengurusan dan kakitangan Klinik Kesihatan Mahang,termasuk keadaan sistem perparitan di hadapan klinik yang didapati telah rosak dan memerlukan tindakan segera bagi mengelakkan risiko kepada pengguna serta kakitangan.

YB Wong Chia Zhen memberi jaminan bahawa setiap aduan yang diterima akan dibawa kepada pihak berwajib agar tindakan sewajarnya dapat diambil secepat mungkin demi memastikan kemudahan awam sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kulim?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


NO. 63 TINGKAT BAWAH LORONG KOTA KENARI 1/1
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 15:45
Sunday 08:30 - 17:00