NorahafezamdProperty

NorahafezamdProperty

Share

14/07/2025

Apa Itu CKHT?

- CKHT atau Cukai Keuntungan Harta Tanah ialah cukai yang dikenakan ke atas keuntungan daripada penjualan harta tanah.

JUAL RUMAH, TAPI TAK TAHU PASAL CUKAI NI?

- Ramai masih belum sedar bahawa penjualan harta tanah bawah 5 tahun boleh dikenakan CKHT (Cukai Keuntungan Harta Tanah) oleh LHDN.

SIAPA YANG PERLU BAYAR CKHT?

- Hanya pemilik hartanah yang menjual dan mendapat keuntungan daripada jualan tersebut sahaja yang dikenakan CKHT sama ada individu atau syarikat.

BOLEH KE TAK NAK BAYAR CKHT?

- CKHT adalah kewajipan undang-undang dibawah LHDN tetapi ada pengecualian yang boleh dimohon, antaranya:

✅ Pindah milik antara ahli keluarga terdekat
✅Jual rumah kediaman sekali seumur hidup
✅Tiada keuntungan daripada jualan

APA BERLAKU KALAU TAK BAYAR CKHT?

- Kegagalan mengisytihar pelupusan harta boleh mengakibatkan:

❗ Penalti lewat bayar
❗ Notis tuntutan daripada LHDN

Nak tahu info lanjut, boleh wasap 😉👇👇👇

www.wasap.my/60175288137/norahafezamdproperty

15/11/2024

Harga rumah dijangka naik hingga 5%. Bila waktu yang sesuai untuk beli rumah?

Realiti yang pahit, tapi kita tetap kena telan. Kita tak boleh buat apa.

Harga rumah meningkat, kita pakat boikot jangan beli lagi dengan harapan harga akan turun nanti. Tapi dalam masa yang sama, orang lain mampu. So orang lain teruskan membeli.

Harga rumah meningkat, usia kita pon makin meningkat. Takaful juga ikut sama makin tinggi. Maka bulanan di bank akan tinggi juga.

Sebenarnya, bila waktu yang sesuai untuk beli rumah?
— pada saya, tak ada spesifik masa.

Bila anda dah bersedia, maka belilah rumah secepat mungkin.

1. Kewangan dah okay. Nak tunggu kita kaya raya akan ambil masa. Kecuali kalau kita dilahirkan dalam dulang emas. Kalau kita yang biasa biasa, perlu bergigih untuk dapatkan kewangan yang stabil.

Awal awal ni kena kurangkan kehendak, tingkatkan pendapatan. Utamakan yang lebih utama.

2. Disiplin kena ada. Setiap bulan cuba praktis untuk buat simpanan sama macam amount installment rumah di bank.

Formula : setiap rm100k kita pinjam di bank, bayaran bulanan lebih kurang rm500. (Jika umur masih muda, boleh loan 35 tahun)

So, kalau target kita nak beli rumah rm200k, bulanan anggaran rm1000. Kalau beli rumah rm250k, bulanan anggaran rm1250. Begitulah seterusnya.

Tapi kalau umur dah lebih 40 tahun, tak boleh guna formula ni. Bulanan akan lebih tinggi sebab tempoh loan lebih pendek dan amount takaful tinggi.

3. Simpanan kena ada. Beli rumah perlukan duit. At least, duit untuk masuk rumah baru.

Duit lain yang perlu sediakan adalah lawyer fee, valuation fee, deposit utilities dan sebagainya.

4. Planning. Jangan la beli rumah kemudian tinggalkan dia hidup sendiri. Rumah tak pandai jaga diri sendiri. Kalau ditinggalkan, lama lama dia akan rosak dan usang.

Bila beli tu dah kena ada plan. Apa nak buat, nak duduk atau buat investment.

Ni salah satu punca banyak rumah ditinggalkan sampai jadi rumah busuk. Ada yang bayar installment je, tapi rumah dah tak nampak rupa rumah. Salah planning kita akan rugi.

Teruskan berusaha dan mencari ilmu.

InsyaAllah, saya doakan anda semua berjaya memiliki rumah sendiri satu hari nanti.

Usaha. Selebihnya biar Dia yang uruskan.

NorahafezamdProperty 🫰
- harga barang semua makin naik. Yang turun kebanyakannya harga diri. 🥲

13/06/2024

"Tahun 2019 saya jual rumah tanpa guna khidmat Agen Hartanah. Saya juga tak lantik lawyer, cuma buyer sahaja lantik lawyer. Buyer apply loan LPPSA dan loan dah lulus. Tapi dah genap 2 tahun belum selesai dan saya belum dapat disbursement dari LPPSA sebab ada dokumen yang tak lengkap"

Situasi di atas berlaku disebabkan pihak owner menguruskan sendiri jualan rumah beliau. Ini adalah sebab mengapa pentingnya melantik Agen Hartanah bagi menguruskan jualan rumah kita.

Agen Hartanah bukan sekadar iklankan untuk dapatkan buyer sahaja. Mereka juga bertindak sebagai orang tengah/pemudahcara dalam urusan pemilihan lawyer, valuer dan banker/LPPSA.

Adalah sangat penting untuk kita memilih lawyer, valuer yang sekepala (panel) dengan banker/LPPSA. Ia membantu memudahkan dan mempercepatkan urusan pindah milik rumah kita.

Booking form dan booking fee juga sangat penting dalam transaksi jualan rumah. Booking form dan booking fee ini adalah pengikat perjanjian antara owner dan juga buyer. Hanya Agen Hartanah yang boleh mengeluarkan booking form ini.

Agen Hartanah juga bertanggungjawab untuk push lawyer, valuer dan banker/LPPSA agar tidak berlaku kelewatan dalam urusan pindah milik rumah kita. Bayaran fee yang dikenakan juga hanya 3.24% dari nilai transaksi rumah berkenaan dan hanya perlu ditanggung oleh owner rumah berkenaan.

Jangan disebabkan nak jimat fee 3.24%, kita rugi masa, tenaga dan potential buyer... Silap-silap buyer batalkan transaksi sebab proses makan masa terlalu lama...Lagipun tiada sebarang ikatan perjanjian antara owner dan buyer dalam kes di atas.

Bertindaklah dengan bijak 😀

Credit : EJEN AMIERUL

Jualbeli hartanah.
NorahafezamdProperty
REN 49413
01113095596

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Kulim?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kulim
09000