MLM Terhebat

MLM Terhebat

Share

07/02/2022

Bagaimana dengan hanya menggunakan produk kegunaan harian dari Company "X" boleh menjana Pendapatan Lumayan!!
===================================
Hari ni saya terpanggil untuk berkongsi satu idea bagaimana dengan Tukar Brand & Tukar Kedai kita berbelanja dari pasaraya lain kepada "Pasaraya" Syarikat MLM, mampu memberi kita manfaat yang berterusan.
Ambil contoh ubat gigi.. Selama berpuluh tahun kita gosok gigi setiap hari, rasanya kalau dikumpulkan boleh cat satu rumah menggunakan ubat gigi tersebut.
Tapi, belum pernah lagi syarikat ubat gigi tersebut bagi penghargaan apatah lagi pendapatan kepada kita kerana setia
menggunakan produk mereka (kalau ada pun cuma pinggan / cawan sekali-sekala).
Dari emak/ayah guna, kita suami/isteri guna, anak-anak kita guna.. rasanya sampai cucu kita guna pun.. belum tentu boleh dapat penghargaan dari syarikat tersebut.
Kita bayar harga dan dapat barang bawa balik rumah.. Kita gunakan ubat gigi dan dapat manfaat (mulut wangi, gigi putih, nafas harum). Itu sahaja.. kita tidak dapat menjana pendapatan.
=====
Melalui Konsep "Prosumer", iaitu kita mengguna produk yang berkualiti disamping kita boleh menjana pendapatan dari Syarikat MLM. Ini dinamakan Pengguna Yang Bijak!
Nak tau Syarikat MLM apa?
Nak tahu lebih lanjut tentang Konsep Prosumer?
Klik link di bawah untuk direct whatsapp: https://lime9614954.brizy.site/
https://lime9614954.brizy.site/

04/02/2022

Bagaimana nak tahu MLM tu betul-betul sah dan bukan jenis yang s**a eksploitasi pengedar?
=======
Walaupun ada syarikat MLM yang sah, ada beberapa syarikat yang praktis amalan yang dianggap mengeksploitasi pengedar mereka.
Ada juga yang bimbang syarikat MLM yang ‘sah’ ni sebenarnya skim piramid tapi tengah menyamar.
Jadi, bagaimana nak tahu MLM tu betul-betul sah dan bukan jenis yang s**a eksploitasi pengedar?

02/02/2022

Jual produk yang betul kepada orang yang betul.
=====
Tahukah anda bahawa bukan semua produk yang di jual adalah sesuai untuk pemasaran rangkaian atau MLM?
Produk-produk yang berkualiti tentunya boleh di jual.
Kalau anda ingin meningkatkan peluang untuk anda berjaya di dalam bisnes MLM, produk yang di tawarkan oleh syarikat MLM haruslah unik, berkesan, mampu beli dan ada pembelian berulang "repeat sale".
Sebagai contoh ubat gigi.. Pastinya semua orang akan gosok gigi setiap hari. Minimum 2 kali sehari, lebih lagi bagus. Sudah tentu akan ada pembelian berulang selepas habis penggunaan.
Berbeza dengan produk teknologi tinggi seperti contoh mesin pembuat roti atau "bread maker". Harganya agak premium yang memberi maksud tidak semua orang mampu atau perlu beli.
Kalau beli pun bukan hari-hari kita buat roti (kecuali kita pembuat roti dan menjual roti). Ini akan menyebabkan produk tersebut terbiar di rumah dan akhirnya rosak.
Kalau nak makan roti sekali sekala.. beli sahaja roti di kedai, tidak perlu buang masa nak buat. Ini lebih jimat.
Produk MLM tidak perlu terlampau mahal sampai menjadi keberatan untuk dibeli. Cukup sekadar harga yang bersesuaian sahaja.
Paling penting, mudah "REPEAT SALE".

02/02/2022

Mencari rakan bisnes yang berkualiti.
=======
Syarat Utama orang yang berjaya dalam MLM ialah dengan mencari dan mendapatkan prospek yang berkualiti untuk menyertainya.
Seperti yang saya telah nyatakan sebelum ini, peluang perniagaan MLM adalah terbuka kepada semua orang. Oleh itu, golongan yang gagal dalam MLM juga akan mempersembahkan peluang perniagaan ini kepada semua orang juga.
Mereka yang gagal MLM akan menjemput adik beradik, saudara mara, kawan-kawan, rakan-rakan sepejabat dan sebagainya untuk menyertai rangkaian mereka.
Aktiviti ini tidak salah dan kadangkala orang yang di jemput akan menyertai rangkaian kerana mereka berhasrat untuk menolong.
Tetapi, anda perlu tahu.. prospek yang berkualiti rendah akan menyertai kump**an sebagai seorang pengguna sahaja. Mereka tidak berhasrat membina bisnes MLM.
Kalau aktiviti anda hanyalah fokus pada golongan prospek sedemikian, tentunya anda tidak akan berjaya dalam MLM.
Bagaimana p**a dengan golongan yang berjaya dalam MLM?
---------
--> Perbezaan mindset adalah kualiti prospek yang dijemput untuk melihat peluang perniagaan MLM.
--> Prospek yang BERKUALITI mestilah mempunyai pemikiran seorang pemilik perniagaan.
Oleh itu.. kalau anda nak berjaya dalam bisnes MLM, carilah prospek yang berkualti.

Want your business to be the top-listed Business in Kulim?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No 75, Tingkat 1J & 1K
Kulim
09000