Cranberrich
24/06/2022
Cara Buat Masker Tomato Cube
Jerawat kerap muncul di wajah, pelbagai cara dan produk di cuba tetapi hasilnya tetap mengecewakan?
Daripada produk murah sehingga yang mahal sudah di cuba, tetapi tetap sama. Kulit wajah tiada perubahan, kusam, berjerawat dan sebagainya.
Mari Cik B kongsikan bagaimana untuk menyelesaikan masalah kulit wajah awak semua tanpa memerlukan modal yang besar dan juga mudah didapati.
Masker tomato cube, yang hanya menggunakan tomato, Insya-Allah mampu untuk menyelesaikan masalah kulit wajah awak semua sekiranya dijadikan amalan rutin sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Caranya mudah sahaja, awak semua hanya perlukan 2 biji tomato yang dikisar halus tanpa air dan tuangkan kedalam bekas kiub ais batu kemudian bekukan.
Jadi senang bila hendak digunakan, ambil sahaja dan ratakan seluruh wajah. Fokuskan di tempat-tempat yang bermasalah seperti jerawat dan lain-lain.
Manfaat tomato untuk kulit wajah ini sangat banyak. Kulit akan menjadi bersih dan berseri. Sekiranya dijadikan amalan rutin awak semua akan dapat manfaat dan kesannya yang sangat ketara.
Semoga perkongsian Cik B kali ini dapat memberikan informasi yang bermanfaat buat awak semua.
Selamat Mencuba!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
S2, Jalan Kenanga, Sedenak Mill
Kulai
81010
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 12:30 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |