CGSO Sarawak

CGSO Sarawak

Share

Photos from CGSO Sarawak's post 31/05/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲

Daripada seluruh warga kerja CGSO Sarawak, kami mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua yang meraikannya.

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan keberkatan kepada anda sekeluarga. Marilah kita terus memperkukuh perpaduan, menghargai kepelbagaian budaya serta bersama-sama membina masa depan yang lebih cemerlang untuk Sarawak dan Malaysia.

Gayu Guru, Gerai Nyamai

Ikhlas daripada, Warga Kerja CGSO Sarawak

26/05/2026

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 | 𝟮𝟬𝟮𝟲

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga CGSO Sarawak.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, menguatkan nilai keikhlasan, pengorbanan dan ukhuwah sesama insan.

Di kesempatan yang mulia ini, kami mendoakan agar semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dilimpahi rahmat dan perlindungan-Nya.

Semoga Aidiladha kali ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan mempererat silaturahim bersama keluarga serta insan tersayang.

Photos from CGSO Sarawak's post 25/05/2026

INSPEKTORAT SUSULAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN DI MAKHAMAH TINGGI BINTULU

22 Mei 2026 (Jumaat) – Satu Pemeriksaan Inspektorat Susulan Keselamatan Perlindungan telah dilaksanakan di Makhamah Tinggi Bintulu bagi menilai tahap pematuhan pengurusan keselamatan berdasarkan piawaian Dasar Keselamatan Perlindungan Kerajaan.

Semoga kerjasama dan hubungan baik ini dapat terus dikekalkan dalam memastikan usaha membudayakan keselamatan perlindungan di jabatan-jabatan Kerajaan dapat direalisasikan dengan lebih berkesan.

Photos from CGSO Sarawak's post 25/05/2026

INSPEKTORAT PEMATUHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN DI PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN MIRI

21 Mei 2026 (Khamis) – Satu Pemeriksaan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan telah dilaksanakan di Pejabat Kesihatan Bahagian Miri bagi menilai tahap pematuhan pengurusan keselamatan berdasarkan piawaian Dasar Keselamatan Perlindungan Kerajaan.

Semoga kerjasama dan hubungan baik ini dapat terus dikekalkan dalam memastikan usaha membudayakan keselamatan perlindungan di jabatan-jabatan Kerajaan dapat direalisasikan dengan lebih berkesan.

Photos from CGSO Sarawak's post 22/05/2026

INSPEKTORAT SUSULAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN DI JABATAN PENGANGKUTAN JALAN BAHAGIAN BINTULU

20 Mei 2026 (Rabu) – Satu Pemeriksaan Inspektorat Susulan Keselamatan Perlindungan telah dilaksanakan di Jabatan Pengangkutan Jalan Bahagian Bintulu bagi menilai tahap pematuhan pengurusan keselamatan berdasarkan piawaian Dasar Keselamatan Perlindungan Kerajaan.

Semoga kerjasama dan hubungan baik ini dapat terus dikekalkan dalam memastikan usaha membudayakan keselamatan perlindungan di jabatan-jabatan Kerajaan dapat direalisasikan dengan lebih berkesan.

Photos from CGSO Sarawak's post 22/05/2026

INSPEKTORAT PEMATUHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN DI PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN BINTULU

20 Mei 2026 (Rabu) – Satu Pemeriksaan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan telah dilaksanakan di Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu bagi menilai tahap pematuhan pengurusan keselamatan berdasarkan piawaian Dasar Keselamatan Perlindungan Kerajaan.

Semoga kerjasama dan hubungan baik ini dapat terus dikekalkan dalam memastikan usaha membudayakan keselamatan perlindungan di jabatan-jabatan Kerajaan dapat direalisasikan dengan lebih berkesan.

Photos from JPPH's post 22/05/2026
Photos from CGSO Sarawak's post 21/05/2026

𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗥𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 (𝗝𝗥𝗣) 𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟯 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

21 Mei 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Ruang Pejabat (JRP) Bilangan 3 Tahun 2026 telah diadakan dengan dipengerusikan oleh YBhg Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak. Mesyuarat ini telah dihoskan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Sarawak selaku tuan rumah pelaksanaan mesyuarat.

Pengarah Negeri, CGSO Negeri Sarawak turut hadir sebagai salah satu Ahli Jawatankuasa Tetap Mesyuarat JRP Negeri Sarawak bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan keselamatan, pengurusan, perancangan serta penyelarasan ruang pejabat agensi-agensi Persekutuan di Negeri Sarawak.

Pelaksanaan mesyuarat ini bertujuan memastikan penggunaan ruang pejabat kerajaan dapat diurus secara lebih sistematik, optimum dan efisien selaras dengan keperluan semasa perkhidmatan awam.

Photos from CGSO Sarawak's post 21/05/2026

𝗣𝗘𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗖𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 (𝗝𝗞𝗣𝗞) 𝗦𝗔𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞

20 Mei 2026 - Penilaian Keselamatan Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan (JKPK) Sasaran Penting Negeri Sarawak telah dilaksanakan terhadap sektor penyiaran di Negeri Sarawak bagi menilai tahap pematuhan aspek keselamatan fizikal di premis yang dikenal pasti sebagai infrastruktur serta sasaran penting negeri.

Penilaian ini bertujuan memastikan semua langkah perlindungan keselamatan berada pada tahap terbaik dalam menjamin kelangsungan operasi penyiaran yang menjadi medium penyampaian maklumat kepada rakyat serta mengelakkan sebarang ancaman, pencerobohan atau insiden yang boleh menjejaskan kepentingan keselamatan negara.

Melalui pelaksanaan penilaian ini, JKPK Negeri Sarawak berharap agar kerjasama strategik antara agensi keselamatan dan pihak pengurusan sektor penyiaran dapat terus diperkukuhkan demi meningkatkan tahap kesiapsiagaan, keutuhan sistem keselamatan serta memperkasakan budaya keselamatan di semua peringkat.

20/05/2026

20/5 ‘Sik da gago bertunggu feri lagik’, Jambatan Batang Lupar No 1 dibuka esok, bukti komitmen GPS

KUCHING: Sarawak bakal melakar satu lagi sejarah penting dalam pembangunan infrastrukturnya apabila Jambatan Batang Lupar No.1 di Sebuyau dijadual dibuka secara rasmi esok.

Berita penuh: https://jiwabakti.com.my/sik-da-gago-bertunggu-feri-lagik-jambatan-batang-lupar-no-1-dibuka-esok-bukti-komitmen-gps/

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Bangunan Marzuki
Kuching
93050