Pronto - Kereta Sewa Kuching

Pronto - Kereta Sewa Kuching

Share

09/11/2022

Pernah sekali tu masa zaman henfon tak maju lagi, aku call sorang pomen kereta bagitau enjin kereta aku berbunyi pelik sebelum ia mati dengan sendiri.

Pomen tu tanya, "bunyi macam mana bang?"

Aku tanya balik "nak kena buat bunyi tu pakai mulut ke?"

"Ya bang"

Aduh pomen ni. Nak suruh aku tiru pulak bunyi tu pakai mulut. Dia ingat aku Mazlan Pet Pet ke boleh buat bunyi pelik-pelik ni.

"Bunyi dia macam kelekak kelekak" jawab aku.

"Kelekak kelekak?"

"Ya, kelekak kelekak"

"Bukan ketek ketek ketek?"

"Bukan, ketek ketek tu bateri kong. Ni bateri ok lagi. Baru pakai 5 bulan"

"Kelekak kelekak ni saya tak pernah dengar bang. Cuba abang ingat balik, bunyi tu kelekak ke kelekuk?"

"Hmmm.. boleh jadi kelekuk la kot. Atau macam kelekoik kelekoik pun macam ya juga. "

"Bunyi timing belt tu bang"

"Bunyi belt bukan nyit nyit nyit nyit ka?"

"Bukan, kalau nyit nyit tu tensioner"

"Ye la, saya memang tension dah sekarang ni. Duk main lawan bunyi mulut pulak dah. Awak boleh datang tak cek kereta saya ni?"

"Bang j*p lagi saya call balik. Tengah bising kat sini. Tak dengar apa"

Kami menamatkan perbualan telefon. Ishh dah tau bising lagi suruh aku buat bunyi mulut tu.

Lepas 20 minit, pomen tu SMS aku.

"Bang, bunyi tu tadi macam mana?"

Haramdadih betui. Aku ingat dah setel. Dia ajak mengeja bunyi tu kat SMS pulak.

Kredit : Hazrezal Ahmad

30/12/2019

Nampak happy benar Puan Minche sbb tak sabar ambik anak & menantu sambut New Year sama2 di Kuching. Enjoy ya Puan bersama family, hati2 bawak kereta terutama semasa hujan.

Want your business to be the top-listed Autos & Automotive Service in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kuching