SMK Tun Abang Haji Openg RASMI
31/05/2026
Selamat Hari Gawai kepada semua yang meraikannya.
31/05/2026
“Selamat Menyambut Hari Gawai kepada seluruh masyarakat yang meraikan. Semoga sambutan penuh makna ini membawa keberkatan, kemakmuran, kesihatan yang baik serta mengukuhkan nilai perpaduan, hormat-menghormati dan keharmonian dalam masyarakat majmuk.
Gayu Guru Gerai Nyamai.”
31/05/2026
Selamat Hari Gawai
31/05/2026
Selamat Menyambut Hari Gawai 2026 kepada seluruh masyarakat yang meraikan.
Semoga sambutan ini mengeratkan lagi silaturahim dan membawa kedamaian.
Gayu guru, gerai nyamai.
Ikhlas:
Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6
SMK Tun Abang Hj Openg
28/05/2026
Selamat Datang Anak-anak Pelajar Tingkatan 6, Semester 1, SMK Tun Abang Hj Openg...
Berikut adalah makluman berkaitan pendaftaran berkenaan.
28/05/2026
Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Kuching mengucapkan Salam Aidil Adha 1447 Hijrah / 2026 Masihi.
Aidiladha ini mengajar kita erti pengorbanan sebenar demi agama, keluarga dan masyarakat.
Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT, dikurniakan keberkatan serta menjadi simbol keikhlasan, ketaatan dan kasih sayang sesama insan.
Ikhlas daripada ;
Dr. Majelan bin Sulong & warga Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
“PPD Kita, Tanggungjawab Kita”
22/05/2026
Anak-anak yang dikasihi,
Cuti sekolah bukan sekadar masa untuk berehat, tetapi peluang untuk mengisi diri dengan perkara yang bermanfaat. Gunakan masa ini dengan bijak. Bantulah ibu bapa di rumah, membaca buku, dan menjaga disiplin diri.
Jangan lupa untuk terus belajar walaupun tanpa kelas kerana ilmu tidak pernah berhenti. Isi waktu cuti dengan aktiviti yang sihat dan jauhkan diri daripada perkara yang boleh merugikan masa depan.
Ingatlah, masa yang berlalu tidak akan kembali. Jadilah anak-anak yang berakhlak mulia, berdisiplin dan sentiasa menghargai masa.
Selamat bercuti, semoga cuti ini memberi manfaat dan kenangan yang indah untuk kalian.
22/05/2026
Hari ini adalah hari terakhir sesi persekolahan penggal 1. Murid-murid asrama pastinya yang paling gembira menunggu hari ini. Hari di mana mereka dapat balik ke rumah masing-masing. Sudah pasti ada rindu yang paling dalam dibawa bersama. Sudah pasti rindu kepada ibu dan ayah yang paling tidak terbendung.
Sekolah akan bercuti selama dua minggu bermula esok,iaitu bermula 23 Mei sehingga 7 Jun 2026. Pengurusan asrama telah merancang persediaan balik anak-anak ini dengan teratur dan penuh disiplin bagi membendung salah laku yang tidak diingini terjadi.
Alhamdulillah ,semua dalam keadaan terkawal dan anak-anak asrama dapat pulang ke rumah dengan selamat.Pemantauan terkawal telah dilakukan oleh semua warden bagi memastikan keadaan yang aman dan selamat sepanjang proses persediaan balik anak-anak ini ke rumah.
“Face out” terakhir ini bukan sekadar langkah meninggalkan sekolah tetapi membawa bersama seribu kenangan, jasa dan pengorbanan sepanjang memimpin warga sekolah ini.
Terima kasih Tuan Pengetua atas segala tunjuk ajar, kepimpinan dan kasih sayang yang dicurahkan.
Semoga perpindahan ke tempat baharu membawa lebih banyak kejayaan, keberkatan dan kebahagiaan.
Jasa dan kenangan bersama Tuan akan sentiasa terpahat di hati seluruh warga sekolah.
“Pergi seorang pemimpin, tinggal sejuta kenangan.”
22/05/2026
Lambaian dan salam terakhir ini membawa seribu makna. Tanda berakhirnya sebuah perjalanan sebagai pesara dan bermulanya langkah baharu sebagai seorang pegawai di tempat yang baharu.
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang bersama warga sekolah ini.
Setiap kenangan, nasihat dan bakti akan sentiasa terpahat di hati kami.
Semoga terus melakar kejayaan, diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan di tempat baharu.
Jauh di mata, dekat di hati. Selamat melangkah dengan penuh gemilang buat Cikgu Yusri bin Tokis dan Ustazah Salmah binti Hossen.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
SMK Tun Abg. Hj. Openg, Jalan Demak, Petra Jaya
Kuching
93050