Sk Jemukan Samarahan
12/04/2026
Stress? Jom Chill dengan Teknik 10B! π§ββοΈβ¨
Hai semua! π Pernah rasa burnout atau serabut dengan macam-macam urusan? Jangan biarkan diri korang hanyut! π
Jom kita amalkan Teknik 10B untuk kekal tenang dan positif:
1οΈβ£ Bersyukur (Hati tenang)
2οΈβ£ Bernafas (Tarik nafas dalam-dalam...)
3οΈβ£ Bicara Diri (Cakap: "Saya boleh!")
4οΈβ£ Beribadat (Cari ketenangan rohani)
5οΈβ£ Berkongsi Perasaan (Luahkan, jangan simpan sorang-sorang)
6οΈβ£ Berurut (Relakskan otot)
7οΈβ£ Berehat & Muzik (Tenangkan minda)
8οΈβ£ Beriadah (Buat hobi kegemaran)
9οΈβ£ Bersenam (Peluh keluar, stress hilang)
π Berfikiran Positif (Fikir yang baik-baik saja)
Minda yang sihat barulah belajar pun masuk! π§ π‘
Kita jaga kita! β€οΈ
05/04/2026
πΏ Jom Kenali Stres: Apa Itu Tekanan? πΏ
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua π
Sebagai langkah pertama dalam siri Promosi Minda Sihat, jom kita fahami dahulu apa itu "stres".
Stres ialah tindak balas semula jadi tubuh terhadap perubahan atau cabaran yang melibatkan emosi, fizikal dan mental. Ia boleh berpunca daripada diri sendiri atau persekitaran seperti sekolah, tempat kerja dan rumah.
β οΈ Tanda-tanda stres yang perlu diberi perhatian:
π Gelisah, cepat marah, sukar fokus
π€ Sakit kepala, letih, gangguan tidur
π½οΈ Perubahan selera makan atau tingkah laku
β¨ Jangan risau, stres boleh diurus!
Berikut beberapa tips praktikal untuk semua:
π§π§ Untuk murid:
βοΈ Tarik nafas dalam-dalam (kira 1β5, hembus perlahan)
βοΈ Luahkan perasaan kepada guru/ibu bapa
βοΈ Ambil rehat seketika (minum air, regangkan badan)
βοΈ Buat aktiviti yang disukai seperti melukis atau bermain
π¨βπ©βπ§ Untuk dewasa:
βοΈ Susun keutamaan tugas (buat satu persatu)
βοΈ Ambil masa rehat berkualiti walaupun sekejap
βοΈ Amalkan gaya hidup sihat (tidur cukup & pemakanan seimbang)
βοΈ Berkongsi masalah dengan rakan atau keluarga
π Ingat: Mengenali stres adalah langkah pertama untuk mengawalnya. Anda tidak keseorangan.
π Ikuti siri seterusnya untuk lebih banyak panduan menjaga kesihatan mental!
17/03/2026
Ambilan pekerja sambilan harian sebagai PEMBANTU PENGURUSAN MURID PRA DELIMA SK JEMUKAN.
Warga kpg Jemukan di alu-alukan. Sila ambil borang permohonan di pondok pengawal bermula jam 2 petang hari ini. 17 Mac 2026.
Borang permohonan tersebut perlu dihantar semula sebelum jam 12.00 tengahari 18 Mac 2026 (Khamis) untuk diperimbangkan. Sila sertakan bersama salinan kad pengenalan dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.
Borang adalah terhad. Terima kasih.
12/01/2026
Selamat Kembali ke Sekolah! ππ
Perjalanan anak-anak murid mungkin serupa seperti sebelumnya,
tetapi niat yang diperbaharui memberi nilai pada setiap langkah.
Rasulullah ο·Ί mengingatkan kita:
βSesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.β
Maka hari ini, mari kita betulkan niat.
Belajar bukan sekadar mengejar keputusan,
tetapi sebagai jalan menuntut ilmu, membina akhlak
dan mendekatkan diri kepada Allah.
Selamat kembali ke sekolah buat semua murid SK Jemukan.
Semoga setiap langkah ke sekolah selepas ini dicatat sebagai ibadah dan diberkati-Nya. Allahumma amiin.
Amal dulu, baru feel hidup π«‘
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Address
Kuching
94600
Opening Hours
| Monday | 07:00 - 17:00 |
| Tuesday | 07:00 - 17:00 |
| Wednesday | 07:00 - 17:00 |
| Thursday | 07:00 - 17:00 |
| Friday | 07:00 - 17:00 |