SK Goebilt
29/05/2026
ASPEK 1.1:PGB SEBAGAI PENERAJU
Standard Kualiti 1.1.3 : PGB mengetuai pemantauan pengoperasian sekolah secara terancang dan sistematik.
Standard Kualiti 1.1.7 : PGB menangani masalah pengoperasian sekolah secara profesional dan terancang
ASPEK 2.5 :IKLIM
Standard Kualiti 2.5.1 : Persekitaran fizikal diselengara secara sistematik dan terancang
ASPEK 3.3.3:PENGURUSAN KESELAMATAN MURID
Standard Kualiti 3.3.3.1 Keselamatan murid diurus secara sistematik dan terancang
NAMA PROGRAM
AUDIT KESELAMATAN FIZIKAL -PEMANTAUAN BERKALA PENGAWAL KESELAMATAN
TARIKH
29 MEI 2026
OBJEKTIF
1.Memastikan prosedur kawalan keselamatan sekolah dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
2.Memantau keberkesanan rondaan keselamatan di kawasan sekolah pada waktu siang dan malam.
3.Memastikan semua rekod pemantauan keselamatan, rondaan dan laporan insiden direkodkan dengan lengkap dan teratur.
4.Mengenal pasti risiko keselamatan fizikal sekolah seperti kerosakan pagar, lampu, pintu, bangunan dan kawasan berisiko.
5.Mewujudkan budaya kerja yang proaktif dalam kalangan pengawal keselamatan dan warga sekolah terhadap aspek keselamatan.
6.Memastikan aset kerajaan, kemudahan sekolah dan dokumen penting sentiasa dilindungi daripada sebarang ancaman atau pencerobohan.
RUMUSAN
Hasil pemantauan mendapati bahawa pelaksanaan kawalan keselamatan di SK Goebilt berada pada tahap yang memuaskan. Pengawal keselamatan melaksanakan rondaan berkala di kawasan sekolah dan membuat pengesahan kehadiran melalui sistem rondaan yang telah ditetapkan. Guru Besar turut menyemak buku log keselamatan bagi memastikan semua aktiviti rondaan direkodkan dengan lengkap dan mengikut jadual.
Pemantauan ini menunjukkan komitmen pihak sekolah dan syarikat kawalan keselamatan dalam memastikan keselamatan fizikal sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik. Kerjasama yang berterusan antara pihak pengurusan sekolah dan pengawal keselamatan menjadi faktor penting dalam mengurangkan risiko keselamatan serta memastikan persekitaran sekolah sentiasa terkawal.
JANGKAAN IMPAK
Impak Jangka Pendek
1.Kawasan sekolah sentiasa dipantau dan berada dalam keadaan selamat.
2.Risiko pencerobohan, vandalisme dan kehilangan aset dapat dikurangkan.
3.Rekod keselamatan lebih sistematik dan mudah dirujuk semasa audit atau pemantauan pihak atasan.
4.Pengawal keselamatan lebih berdisiplin dalam melaksanakan tugasan harian.
Impak Jangka Panjang
1.Terbentuk budaya keselamatan yang mantap dalam kalangan warga sekolah.
2.Pengurusan risiko sekolah menjadi lebih efektif dan berkesan.
3.Keselamatan aset kerajaan dan infrastruktur sekolah lebih terjamin.
4.Meningkatkan keyakinan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan terhadap tahap keselamatan sekolah.
5.Menyokong hasrat mewujudkan sekolah yang selamat, ceria dan kondusif untuk pembelajaran.
TINDAKAN SUSULAN
1.Melaksanakan Audit Keselamatan 360 Darjah sekurang-kurangnya 2 kali setiap bulan.(Setiap Jumaat)
2.Memastikan Guru Besar dan Jawatankuasa Keselamatan membuat semakan berkala terhadap buku log rondaan keselamatan.
3.Mengenal pasti dan mengambil tindakan segera terhadap sebarang kelemahan keselamatan yang ditemui semasa rondaan.
4.Menambah baik pencahayaan di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi.
5.Memastikan semua pintu pagar, sistem kunci clocking sentiasa berfungsi dengan baik.
6.Mengadakan perbincangan berkala bersama syarikat kawalan keselamatan bagi meningkatkan keberkesanan rondaan dan pemantauan.
7.Mendokumentasikan semua laporan pemantauan keselamatan dalam Fail Pengurusan Keselamatan Sekolah untuk tujuan rujukan dan didokumenkan dalam FB sekolah seperti saranan Tuan PPD Dr Majelan SLets Build Succes and Confident Together
# Closing the Gap, Raising the Bar, Together We Succed
# Audit Keselamatan 360 darjah
Keselamatan Fizikal
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Bako
Kuching
93050
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |