Kesuda MPB
04/08/2025
"PENYERTAAN TREASURE HUNT MPOB 2025"
Sabtu, 2 Ogos 2025- Bertempat di Ibu Pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Bandar Baru Bangi, kakitangan daripada Pejabat MPB Wilayah Semenanjung Malaysia (Johor) telah menyertai Program Treasure Hunt anjuran MPOB bersempena sambutan Jubli Perak MPOB ke 25 tahun.
Seramai 4 orang kakitangan MPB yang diketuai Encik Noor Azmie telah mewakili KESUDA MPB bagi Program Treasure Hunt tersebut. Program ini juga telah disertai oleh 50 pasukan lain bagi menyemarakkan Hari Terbuka MPOB pada kali ini.
Penyertaaan program seperti ini bukan sahaja menampakkan semangat kesukanan yang tinggi dan menggalakan gaya hidup sihat bahkan menjadi salah satu usaha ke arah pembudayaan kerja yang menyeronokkan dan produktif dalam perkhidmatan awam.
Tahniah kepada semua yang terlibat.
"Semangat dan Sepakat Teras Kejayaan"
-2026
19/07/2025
"BRISK WALK-AMALAN GAYA HIDUP SIHAT"
Jumaat, 18 Julai 2025- Syabas dah tahniah kepada warga kerja MPB atas penglibatan dalam menjayakan Program Brisk Walk kali ketiga ini.
Berlangsung sekitar jam 4.00 petang, bertempat di Taman Rimba, Samajaya Stutong Community Park, para pegawai dan kakitangan daripada Ibu Pejabat Kuching dan Pejabat Samajaya telah berkumpul bagi menjayakan Program Brisk Walk anjuran Kelab Sukan dan Sosial MPB (KESUDA) Sesi 2024-2026.
Program Brisk Walk kali ini turut disertai oleh Encik Hugh Paul Samat, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Tanaman; Encik Bruce Hasan, Ketua Unit Audit Dalam dan Encik Roland Le sendiri selaku Pengerusi KESUDA Sesi 2024-2026.
Penganjuran Program Brisk Walk seperti ini bukan sahaja menjadi inspirasi amalan hidup sihat seperti memberi kecergasan fizikal, kecerdasan mental dan menurunkan berat badan bahkan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Tahniah kepada semua yang terlibat.
"Semangat dan Sepakat Teras Kejayaan"
-2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Kuching
93916