SDG Team-Sandong De Generation Team
Selamat Hari Gawai
Sramat Onu Gawea
24/04/2026
KEPANTASAN TDM & AGENSI AWAM DALAM OP SAR GUNUNG SANTUBONG
WARGA AUSTRALIA BERJAYA DISELAMATKAN
KUCHING, 24 APRIL 2026 – Tindakan pantas Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama agensi awam berjaya menyelamatkan seorang wanita warga Australia yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Santubong.
Mangsa, Belinda Lapier, ditemui oleh Pasukan SAR dalam keadaan selamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan selepas dipercayai tersasar dari laluan F10 ke kawasan F7.
Operasi ini melibatkan Batalion Ke-10 Rejimen Sempadan (10 RS) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Renjer Hutan serta Sukarelawan setempat.
Bertindak atas arahan Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd), anggota 10 RS telah diatur gerak dan dipecahkan kepada dua pasukan bagi melaksanakan pencarian intensif di kawasan terlibat.
Ketiadaan laluan Point of Extraction (POE) yang sesuai tidak menghalang usaha menyelamat apabila anggota 10 RS membantu membawa mangsa keluar melalui laluan darat sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.
Operasi ini membuktikan tahap kesiapsiagaan tinggi TDM bukan sahaja dalam mempertahankan kedaulatan negara, malah dalam melaksanakan misi kemanusiaan dan menyelamatkan nyawa.
- Briged Kesembilan Infantri Malaysia -
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kampung Sandong Jalan Datuk Stephen Yong Batu Kawah
Kuching
93250