NADI Pending

NADI Pending

Share

31/05/2026

Warga NADI MCMC ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua yang meraikannya 🌾✨

Semoga perayaan ini membawa rezeki yang berpanjangan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada semua, di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan serta semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

30/05/2026

π—‘π—’π—§π—œπ—¦ π—£π—˜π—‘π—¨π—§π—¨π—£π—”π—‘ π—¦π—˜π— π—˜π—‘π—§π—”π—₯𝗔

Sukacita dimaklumkan bahawa NADI Pending akan ditutup pada 31 Mei 2026 (Ahad) hingga 4 Jun 2026 (Khamis) sempena cuti Hari Wesak, Hari Gawai dan Hari Keputeraan Yang di Pertuan Agong.

Operasi akan disambung semula seperti biasa pada 5 Jun 2026 (Jumaat).

β€œKami mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua komuniti. Semoga cuti kali ini dimanfaatkan untuk meluangkan masa bersama keluarga dan mengeratkan hubungan silaturahim”

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.

Sebarang masalah boleh hubungi:
πŸ“ž https://wa.me/601133510977 (Pengurus NADI Pending)
πŸ“ž https://wa.me/601162640198 (Admin NADI Pending)

29/05/2026

πŸ“’ Anda kini boleh mendaftar sebagai ahli NADI menerusi aplikasi NADI! πŸ“±βœ¨

Anda hanya perlu:

βœ… Download aplikasi NADI
βœ… Daftar sebagai ahli NADI
βœ… Aktifkan akaun dan mula menggunakan aplikasi

Pendaftaran kini lebih mudah secara dalam talian di mana jua anda berada, dan nikmati pelbagai kemudahan di NADI secara PERCUMA!

Nota: Pastikan aplikasi NADI anda telah dikemas kini ke versi terkini di App Store dan Google Play untuk menggunakan fungsi pendaftaran ini.

26/05/2026

Pada hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan rasa syukur dalam memperkukuh perpaduan serta kesejahteraan bersama.

Ikhlas daripada warga NADI MCMC.

26/05/2026

22 Mei 2026 (Jumaat)

SOROTAN KARNIVAL KOMUNITI: KEMPEN INTERNET SELAMAT 2026

KUCHING – Karnival Komuniti: Kempen Internet Selamat 2026 anjuran Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) Kuching telah berlangsung dengan jayanya di Tropics City.

Majlis telah disempurnakan oleh Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi.

Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang program termasuk persembahan artis Pentarama, ceramah Kempen Internet Selamat berserta sesi kuiz oleh MCMC, perkongsian berkaitan trend jenayah penipuan siber dan tindakan penguatkuasaan oleh Polis Diraja Malaysia, ceramah β€œJenayah Scam Digital: Tanggungjawab Pengguna Dalam Melindungi Kewangan” oleh Bank Negara Malaysia serta perkongsian tips keselamatan dalam talian oleh TikTok Malaysia.

Turut diadakan tapak pameran melibatkan pelbagai agensi seperti MCMC, NADI, Pos Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia selain penyertaan tapak pameran usahawan NADI.

Antara NADI yang terlibat ialah NADI Taman Sukma, NADI Satok, NADI Pending, NADI Tabuan Desa, NADI Padungan, NADI PPR Taman Sri Wangi, NADI PPR Taman Dahlia, NADI Kota Sentosa, NADI Batu Kawah, NADI Kampung Quop, NADI Taman Indah Landeh dan NADI Kampung Pasir Pandak.

Program ini diadakan sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan internet serta penggunaan digital yang selamat dan bertanggungjawab.

Photos from Jabatan Penerangan Sarawak's post 26/05/2026
26/05/2026

πŸ“’ π—‘π—’π—§π—œπ—¦ π—£π—˜π—‘π—¨π—§π—¨π—£π—”π—‘ π—¦π—˜π— π—˜π—‘π—§π—”π—₯𝗔

Sukacita dimaklumkan bahawa NADI Pending akan ditutup pada 27 Mei 2026 (Rabu) sempena Hari Raya Aidiladha.

Operasi akan disambung semula seperti biasa pada 28 Mei 2026 (Khamis).

β€œSelamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan lagi silaturahim bersama keluarga dan masyarakat.”

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.

Salam Aidiladha 1447H πŸŒ™

Sebarang masalah boleh hubungi:
πŸ“ž https://wa.me/601133510977 (Pengurus NADI Pending)
πŸ“ž https://wa.me/601162640198 (Admin NADI Pending)

23/05/2026
20/05/2026

π—‘π—”π——π—œ 𝗫 π—–π—¬π—•π—˜π—₯π—¦π—˜π—–π—¨π—₯π—œπ—§π—¬ | π— π—˜π—œ : 𝗔𝗑𝗖𝗔𝗠𝗔𝗑 π—¦π—œπ—•π—˜π—₯ π——π—œ π—§π—˜π— π—£π—”π—§ 𝗔π—ͺ𝗔𝗠 πŸ“’

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Anda dijemput untuk menyertai webinar β€œAncaman Siber di Tempat Awam” anjuran NADI x Cybersecurity Lifelong Learning.

πŸ—“οΈ Tarikh: 21 Mei 2026
⏰ Masa: 3.00 PM – 4.30 PM
πŸ’» Platform: LMS Cybersecurity
πŸ‘₯ Sasaran: Belia, ibu bapa & dewasa

πŸ” Ketahui pelbagai ancaman siber yang sering berlaku di tempat awam seperti:
βœ”οΈ Penggunaan WiFi awam yang tidak selamat
βœ”οΈ Pencurian data peribadi
βœ”οΈ Risiko keselamatan peranti mudah alih

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu keselamatan siber dan lindungi diri anda daripada ancaman digital! πŸ”

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi πŸ‘‰
πŸ“ž https://wa.me/601133510977 (Pengurus NADI Pending)
πŸ“ž https://wa.me/601162640198 (Admin NADI Pending)

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


NADI Pending, Block B, City Square, Phase 1, Jalan Pending
Kuching
93450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00