DiGIPRENEUR PKS
21/09/2023
Claim Up To RM4,500 Training Fee! Deadline is by 30 September 2023
16/09/2022
BMC for ZARA
MEMBUKA RAHSIA SYARIKAT FESYEN TERKEMUKA DUNIA – ZARA
Saiz pasaran bagi industry fesyen dan pakaian adalah sebanyak 900 billion euro dan Asia memegang sebanyak 23% daripada saiz pasaran ini. Jika di tukarkan kepada matawang negara kita ( 1 Euro = 4.51 Ringgit Malaysia) maka saiz pasaran ini adalah 4 kali ganda besarnya. (4,069,255,837.50). Ye memang sungguh besar dan sememangnya salah satu industry yang berpotensi untuk diberikan tumpuan.
Mungkin sebab inilah brand-brand terkemuka fesyen seperti Dolce & Gabanna, Chanel, Louis Vitton, Burberry, Gucci, Hermes, Fendi, Prada, Armani, Zara, Uniqlo, H&M dan banyak lagi menjadikan Asia dan negara kita khususnya sebagai salah satu pasaran sasaran mereka. Akan tetapi saiz pasaran yang besar dan berpotensi sahaja tidak cukup untuk membolehkan kita memasuki pasaran dan bertahan didalam industry ini.
Di posting kali ini mari kita ambil contoh salah satu brand fesyen terkenal dunia iaitu ZARA. ZARA adalah brand fesyen dari Sepanyol yang dimiliki oleh syarikat Inditex di tubuhkan pada tahun 1974 oleh Rosalia Mera dan Amancio Ortega. Terkini syarikat ZARA mempunyai lebih daripada 7,000 outlet diseluruh dunia dan berada di 96 buah negara.
Jika kita melayari internet sudah pasti kebanyakan artikel yang tersiar memberitahu kita salah satu strategi ampuh yang digunakan ZARA bagi menguasai pasaran adalah dengan menawarkan harga yang murah dan mampu milik, tetapi adakah ini strategi sebenar mereka? Terbaru dengan sedikit masa yang terluang saya bangunkan semula ‘Business Model Canvas’ bagi syarikat ZARA untuk melihat dengan lebih dekat apakah rencah dan rahsia strategi kejayaan mereka dan ternyata ‘harga mampu milik dan kualiti’ bukanlah rahsia sebenar kejayaan mereka. Jika dibandingkan produk keluaran syarikat ZARA dengan syarikat Uniqlo dan H&M (juga milik Inditex) ternyata Uniqlo dan H&M menawarkan produk yang lebih mampu milik berbanding ZARA.
Syarikat ZARA sebenarnya menggunakan tiga (3) strategi utama bagi mengekalkannya sebagai peneraju industry FastFashion iaitu:
1. Menguasai Supply Chain yang membolehkan mereka mengeluarkan produk fesyen lebih pantas daripada pesaing mereka dan ini terbukti apabila ZARA mampu mengeluarkan produk mereka hanya dalam tempoh 2 minggu setelah fesyen diperagakan berbanding syarikat pesaing yang mengambil masa 2-3 bulan lamanya.
2. ZARA menggunakan strategi peneraju harga dengan mengeluarkan produk yang berkualiti dan harga yang mampu milik berbanding produk yang dikeluarkan oleh premium brand dan ini membolehkkan mereka mencuri pasaran pesaing.
3. ZARA menggunakan 'Pull Strategy' dengan mengurangkan kos pengiklanan dan mempertingkatkan dan memberikan penekanan kepada penjenamaan. Bagi menjuarai strategi ini ZARA mengeluarkan sebanyak 1000 design setiap bulan mengikut trend dan permintaan setempat
Saya harap tips perkongsian ini akan dapat membantu usahawan-usahawan terutama sahabat usahawan dari industry fesyen dan pakaian untuk terus berdayasaing dan setidak-tidaknyanya dapat belajar sesuatu dari syarikat ZARA. Saya kongsikan juga BMC syarikat ZARA seperti dipaparan sebagai bahan rujukan. Sekiranya masih perlukan pecerahan mungkin boleh berteh-tarik dan InsyAllah saya bantu.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Commerce Department Politeknik Kuching Sarawak KM22 Jalan Matang
Kuching
93050