Taz collection
19/04/2026
Antara momen yang sempat dirakam sepanjang tempahan Raya tahun ini. Alhamdulillah, semua tempahan berjaya disiapkan dengan lancar, malah sempat juga membuka slot alteration di penghujung bulan Ramadan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah mempercayai dan memilih kami untuk tempahan Raya tahun ini. Setiap sokongan amat kami hargai.
Sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang proses, kami dengan rendah hati memohon maaf. Semoga kita semua dipertemukan lagi pada musim yang akan datang 🤍
19/04/2026
Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana diberi kepercayaan dan penghormatan untuk menerima jemputan sebagai personaliti undangan dalam rancangan Kuppa Kopi, membincangkan topik “Melestari Budaya dalam Fesyen”.
Pengalaman ini sangat bermakna buat saya, apatah lagi apabila digandingkan bersama figura yang begitu berilmu dan berpengalaman seperti Dr. Asrul Asshadi Mohamad. Secara peribadi, saya berasa kerdil di sisi insan hebat sebegini, namun peluang ini menjadi ruang pembelajaran yang sangat berharga dalam memperkasa lagi pemahaman terhadap peranan fesyen dalam memelihara warisan budaya.
Semoga perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat dan membuka perspektif kepada semua tentang kepentingan melestarikan identiti budaya melalui dunia fesyen.
Bagi yang terlepas siaran, anda boleh menonton siaran ulangan melalui platform RTM Klik.
Terima kasih atas sokongan semua.
07/04/2026
Alhamdulillah, Raya 2026 penuh dengan kenangan manis bersama anda semua 🤍
Setiap feedback, setiap gambar yang dihantar — semua sangat bermakna buat kami di Taz Collection.
Terima kasih kerana mempercayai kami untuk jadi sebahagian daripada momen Hari Raya anda ✨
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin 🌙
Semoga lebaran ini dipenuhi kebahagiaan, kasih sayang & gaya yang penuh elegan 💫
Gong Xi Fa Cai.
Semoga tahun baru ini membawa sinar kebahagiaan, rezeki yang melimpah dan kejayaan yang berpanjangan.
Raikan momen indah bersama keluarga tersayang dengan penuh gaya dan keyakinan.
Semoga setiap langkah tahun ini dihiasi kemanisan, keberkatan dan peluang yang lebih besar.
Ikhlas daripada
Taz Collection 🤍
恭喜发财 🧧✨
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuching
93050
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 18:00 |
| Tuesday | 10:00 - 18:00 |
| Wednesday | 10:00 - 18:00 |
| Thursday | 10:00 - 18:00 |
| Friday | 10:00 - 18:00 |
| Saturday | 10:00 - 18:00 |