Q-Clothes 4Me&U
07/04/2026
Walaupun Ramadan telah melabuhkan tirainya, Pusat Amal QC tidak pernah berhenti menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Dalam bulan Syawal ini, masih ramai yang datang mendapatkan pakaian raya dan juga pakaian harian, lebih-lebih lagi ketika suasana cuti yang masih berpanjangan. Keperluan tetap ada, dan kami sentiasa berusaha untuk memastikan tiada yang terpinggir.
Seperti abang ini, yang p**ang dengan senyuman gembira apabila menerima pakaian harian sebanyak 3kg. Semoga sedikit ini dapat meringankan beban dan memberi manfaat buat dirinya.
Kami memahami bahawa bulan Ramadan dan Syawal merupakan waktu yang mencabar, terutama bagi ketua keluarga yang perlu berbelanja lebih daripada biasa. Sebab itu, usaha memberi ini tidak pernah berhenti kerana setiap bantuan, sekecil mana pun, sangat bermakna.
Terima kasih kepada semua yang terus menyokong dan menyumbang. Bersama, kita terus berkongsi rezeki. InsyaAllah.
19/03/2026
Terima Kasih Tidak Terhingga kepada Para Penderma
Di penghujung Ramadan ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penderma yang telah menyumbang pakaian kepada Pusat Amal QC.
Alhamdulillah pada tahun ini semua lokasi kami menerima sumbangan yang tidak pernah putus hari-hari. Ramai yang sangatlah gembira akan projek kami dan menyokong serta menyebarkan lagi kebaikan ini.
Setiap pakaian yang disumbangkan telah memberi kegembiraan kepada keluarga yang memerlukan, terutamanya bagi anak-anak yang ingin menyambut Hari Raya dengan pakaian yang cantik.
Sesungguhnya setiap helai pakaian membawa makna yang besar kepada mereka. Semoga segala kebaikan para penderma dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Semoga Allah berkati kita semua terutamanya bersedekah di Bulan yang mulia ini. Aamiin Aamiin.
Semoga kita akan bertemu lagi di Ramadan yang akan datang.
InsyaAllah.
18/03/2026
17/03/2026
Ramadan ingin melabuhkan tirainya,
Syawal p**a menjelma menggantikannya.
Senyuman Menjelang Syawal Penyinar Pusat kami.
Setiap hari menjelang Syawal, kami melihat pelbagai kisah di Pusat Amal QC ada ibu yang datang mencari pakaian untuk anak-anak, ada keluarga yang datang bersama-sama memilih pakaian untuk Hari Raya.
Bagi sesetengah keluarga, sehelai pakaian mungkin kelihatan biasa, tetapi bagi mereka ia membawa senyuman dan kegembiraan menjelang Syawal.
Terima kasih kepada semua yang menyokong usaha ini.
16/03/2026
Sepanjang minggu-minggu terakhir Ramadan, semakin ramai ibu-ibu datang ke Pusat Amal QC untuk mendapatkan baju Raya percuma bagi anak-anak mereka.
Seorang surirumah datang ke Pusat Amal QC untuk mendapatkan pakaian keperluan bagi persiapan Ramadan dan Hari Raya. Beliau berkongsi bahawa terdapat banyak pilihan pakaian yang berkualiti di sini dan ia sangat membantu golongan seperti mereka yang memerlukan. Selain itu yang datang juga kakak yang menjual kuih berhampiran pusat kami. Beliau datang mendapatkan bantuan pakaian kerana mempunyai ramai anak perempuan yang perlu dibuatkan persiapan Raya. Golongan mualaf juga ramai yang datang berkunjung.
Kami sangat memahami bahawa menjelang Ramadan dan Syawal, perbelanjaan keluarga semakin meningkat. Oleh itu, Pusat Amal QC berusaha menyediakan pakaian percuma serta pakaian terpakai berkualiti agar dapat membantu meringankan sedikit beban keluarga yang memerlukan. Bagi keluarga yang mempunyai banyak komitmen dan perbelanjaan, bantuan seperti ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban untuk membuat persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.
Alhamdulillah, Pusat Amal QC terus berusaha menyediakan pakaian percuma serta pakaian terpakai berkualiti dengan harga mampu milik agar lebih ramai keluarga dapat merasai manfaatnya.
Semoga lebih ramai lagi dapat merasai manfaat daripada sumbangan pakaian ini. Terima kasih kepada semua penderma dan penyokong yang sentiasa bersama Pusat Amal QC dalam menyebarkan kebaikan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Pusat Amal QC RIVEREDGE Bandaraya Kuching Ground Floor, Lot 13317, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya
Kuching
93050
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 18:00 |
| Tuesday | 10:00 - 18:00 |
| Wednesday | 10:00 - 18:00 |
| Thursday | 10:00 - 18:00 |
| Friday | 10:00 - 18:00 |