Samariang Aman
15/04/2026
Assalamualaikum,
Datuk/Datin/Haji/Hajah/Tuan/Puan/Adik/Kakak
Kita kinek tok berada di penghujung Syawal dan Raya kan sebulan. Sebagai penutup Aidilfitri, jom kita sama-sama hadir ke Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 Taman Samariang Aman pada butiran berikut:
Tarikh: 17 April 2026, Jumaat bersamaan 29 Syawal 1447H
Masa: 8:30 malam
Tempat: Perkarangan Masjid Darul Akmal Samariang Aman
Pakaian: Baju Raya 2026
Turut diadakan pertandingan pakaian tercantik dan terbaik Raya 2026 dengan hadiah menarik mengikut kategori.
Jangan lupa temu janji kita di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 Taman Samariang Aman.
11/01/2026
JEMPUTAN KE CERAMAH ISRAK MIKRAJ PERINGKAT KOMUNITI BANDAR BARU SAMARIANG
Israk Mikraj adalah antara peristiwa terpenting yang berlaku di dalam sejarah Islam. Peristiwa ini berlaku pada hari ke-27 bulan Rejab iaitu bulan yang ketujuh dalam kalendar Islam. Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa itu.
Justeru, muslimin dan muslimat di kawasan Bandar Baru Samariang dijemput hadir ke Ceramah Israk Mikraj Peringkat Komuniti Bandar Baru Samariang yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Sarbini bin Dahlan, Pegawai Dakwah Latihan dan Pembangunan HIKMAH dengan tajuk ‘Petala Langit’ pada butiran seperti berikut:
Tarikh: 17 Januari 2026, Sabtu bersamaan 25 Rejab 1447H
Masa: 7:15 malam (Selepas solat Maghrib)
Tempat: Masjid Darul Akmal, Samariang Aman
Jamuan akan disediakan kepada jemaah yang hadir.
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Baitulmaqdis), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Quran, Surah Al Isra’: 1)
14/02/2025
HEBAHAN GOTONG-ROYONG TAMAN SAMARIANG AMAN & LAKE SIDE
Tarikh: 23 Februari 2025, Ahad
Masa: 8:00 pagi hingga 1:00 petang
Tempat: Pondok KRT Samariang Aman
Semua Penduduk Samariang Aman dan Lake Side dijemput hadir.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Lorong Cahya Permai
Kuching
93050