Sarawak Events Channel

Sarawak Events Channel

Share

31/12/2025

✨ HAPPY NEW YEAR 2026 ✨
🎉 May this year bring you good health , steady progress and meaningful achievements in everything you pursue . Wishing you continued success and positivity throughout the year . 🎉

30/08/2024

Notis buat Warga Bandaraya Kuching 📢

PENUTUPAN JALAN SUSUR KELUAR BULATAN RIVEREDGE

Bagi memastikan kelancaran trafik di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan melaksanakan penyelarasan trafik dan melakukan penutupan susur keluar dari Bulatan Riveredge menuju ke Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub mulai 2 sehingga 13 September 2024 bermula pada jam 6 pagi hingga 9 pagi.

Penutupan susur keluar dari bulatan Riveredge ini dilakukan adalah bertujuan untuk membuat kajian aliran trafik di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub.

Semasa penutupan jalan di susur keluar Bulatan Riveredge dilakukan, pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif lain iaitu simpang keluar dari Jalan Merdeka.

Pihak DBKU memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan menggesa pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan mereka dengan sewajarnya serta mematuhi tanda-tanda arah lalu lintas yang telah ditetapkan.

Kami menghargai kerjasama daripada pihak warga bandar raya

26/08/2024

Hello TikTokers & Cat Lovers 🐈 JUH join Pertandingan TikTok aksi-aksi Kucing sempena DBKU International Cat Competition 2024 September tok.

Bertemakan 'Sayangi dan Pelihara Kucing Anda' ia terbuka kepada semua warga bandaraya Kuching.

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut ;
1. Durasi video hendaklah tidak melebihi 2 minit dengan hanya menggunakan aplikasi tiktok sahaja.
2. Seorang peserta hanya dibenarkan untuk muat nait 1 video sahaja
3. Muat naik video tersebut di aplikasi TikTok dan tag Bandaraya.ku disertakan dengan .
4. Like & Follow laman rasmi facebook Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Vocats'ku dan aplikasi TikTok Bandaraya.ku

Tarikh tutup penyertaan pada 4 September 2024.

Mungkin PUSAK kitak lah TIKTOKERS yang dicari.

Meowwww 🐈 💚

Photos from Sarawak Events Channel's post 22/08/2024

Kuching Heritage Lights and Floral Festival 2024 bakal mencipta memori terindah anda dengan haruman bunga-bunga yang segar dan cantik di sepanjang Tebingan Kuching.

Festival ini merupakan salah satu pengisian program sempena Pesta Kuching 2024 dan julung kali-nya diadakan bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan Hari Bandaraya Kuching sebagai inisiatif melestarikan kawasan di sekitar tepian Sungai Sarawak seiring dengan pembangunan urbanisasi yang lebih ceria, selamat, pintar dan hijau.

Floral Festival amat sinonim dengan keindahan lanskap bandaraya Kuching khususnya Kuching Utara dalam menjadikan Bandaraya Kuching sebagai salah sebuah bandaraya Taman (Garden City) di rantau ini.

Di-samping untuk memeriahkan lagi Bandaraya Kuching. Objektif festival ini adalah untuk memperkenalkan keindahan Bandaraya Kuching melalui hiasan lampu dan bunga yang menarik, serta menjadikan bandaraya ini sebagai destinasi pelancongan yang lebih menarik.

Bermula dengan Showcase Kesenian Gendang Nopeng pada 22 Ogos 2024, diteruskan dengan Majlis Perasmian Kuching Heritage Lights and Floral Festival dan Rhythm of The Night, menampilkan Potress Group pada 23 Ogos 2024, Konsert Malam Rentak Warisanku p**a akan diadakan pada 24 Ogos 2024 dengan penampilan khas oleh artis kelahiran Bumi Kenyalang iaitu Claudia Geres, Hazmel, Gabriel Fairuz dan Sapar Ghafar.

Selain itu juga terdapat juga booth pameran, booth jualan makanan, pertandingan Terrarium, Bengkel Gubahan Bunga Tangan & Meja, Bengkel Gubahan Bunga, Bengkel Kraftangan, Tresure Hunt, Floral dan Fashion Show.

Di sepanjang Tebingan Kuching kelak, anda akan merasai suasana yang cukup indah. JUH! Kita abadikan kenangan terindah ini di Kuching Heritage Lights and Floral Festival 2024 pada 22 sehingga 24 Ogos.

Untuk keterangan lanjut layari laman sosial rasmi Facebook Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) / Instagram/Tiktok DBKU

Photos from Sarawak Events Channel's post 06/08/2024

Music Festival sempena Pesta Kuching 2024 akan menyajikan sebuah persembahan menarik menampilkan ORKESTRA DBKL ft. ORKESTRA PRODIGY pada 18 Ogos 2024 nanti.

Bagi memeriahkan acara, turut diadakan pelbagai aktiviti menarik
17 - 18 Ogos; Battle of The Band, Food Truck, Glamping
19 Ogos; Bengkel Muzik Festival

Muzik Festival julung kali anjuran DBKU ini akan menampilkan persembahan daripada Bob Yusof, Dewi Seriestha, Roxy, Carrie Gares, Mal Imran dan JC . Tambah menarik, kita akan turut disajikan dengan persembahan TUKU KAME`.

Datanglah beramai- ramai ke Panggung Udara Kuching 18 Ogos nanti mulai jam 10 pagi - 11 malam!

22/07/2024

Selamat Menyambut Hari Sarawak 2024 !

"Sarawak Maju Makmur Dalam Malaysia"

Jaga Sarawak, Intu Sarawak.OooooooHhaaaaaaaa.

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Kuching