Hospital Sentosa

Hospital Sentosa

Share

29/05/2026

โœจSelamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2026 โœจ๐ŸŒพ

Semoga sambutan pada tahun ini membawa kegembiraan, kedamaian, kesihatan yang baik serta mengeratkan lagi semangat kekeluargaan dan persaudaraan sesama kita.

๐ŸŒพ Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
๐ŸŒพGayu Guru Gerai Nyamai

Ikhlas daripada:
Dr Rosliwati Binti Md Yusoff
Pengarah Hospital
&
Seluruh Warga Kerja Hospital Sentosa, Kuching, Sarawak

Photos from Hospital Sentosa's post 28/05/2026

๐ŸŽฏ๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐Œ๐š๐ง๐š๐ ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ ๐จ๐Ÿ ๐€๐ ๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ž ๐๐š๐ญ๐ข๐ž๐ง๐ญ ๐ข๐ง ๐Œ๐ข๐ง๐ข๐ฌ๐ญ๐ซ๐ฒ ๐จ๐Ÿ ๐‡๐ž๐š๐ฅ๐ญ๐ก ๐…๐š๐œ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ž๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“… Tarikh: 22 Mei 2026 โ€“ 23 Mei 2026
โฐ Masa: 8.00 Pagi โ€“ 4.30 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Empurau Farm & Resort

Bengkel ini julung kali diadakan bagi memperkukuhkan pengetahuan, kemahiran serta tahap kesiapsiagaan petugas kesihatan dalam pengendalian pesakit agresif tanpa senjata secara selamat, profesional dan berkesan.

Objektif Bengkel:

โœ… Meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan kaedah pengendalian pesakit agresif tanpa senjata dengan selamat.
โœ… Memberi pendedahan terkini berkaitan teknik-teknik pengendalian pesakit agresif serta mempraktikkan teknik tersebut secara berkesan dan selamat.
โœ… Memberi peluang kepada peserta berkongsi pengalaman serta cabaran yang dihadapi bagi tujuan penambahbaikan profesion dan meningkatkan keselamatan di tempat bertugas.
โœ… Memberi peluang kepada peserta memperoleh sebanyak 20 Mata CPD-(A3 โ€“ Skill Accredited Structured Courses by Specific Disciplines).

Bengkel ini telah menghimpunkan seramai 81 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai fasiliti kesihatan termasuk:

๐Ÿฅ Hospital Umum Sarawak
๐Ÿฅ Hospital Bau
๐Ÿฅ Hospital Serian
๐Ÿฅ Hospital RCBM
๐Ÿฅ Hospital Sri Aman
๐Ÿฅ Hospital Saratok
๐Ÿฅ Hospital Bintulu
๐Ÿฅ PKB Serian
๐Ÿฅ PKB Kuching

serta penyertaan daripada hospital swasta:

๐Ÿฅ Borneo Medical Centre
๐Ÿฅ Timberland Medical Centre

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, fasilitator serta urus setia yang telah menjayakan bengkel ini dengan penuh komitmen dan semangat kerjasama. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan keselamatan serta kualiti perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. ๐Ÿ’ชโœจ

Photos from Hospital Sentosa's post 27/05/2026

๐ŸŒฟ PROGRAM 10,000 LANGKAH โ€“ SIRI 2/2026 ๐ŸŒฟ

Program 10,000 Langkah Siri 2/2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bagi menggalakkan budaya hidup sihat serta meningkatkan kecergasan warga kerja.

๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 22 Mei 2026
โฐ Masa: 7.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dewan OT
๐Ÿ‘• Tema Baju: Biru

โœจ Antara aktiviti yang telah dijalankan:
โœ… Senamrobik pagi
โœ… 10,000 Langkah (10K Walk)
โœ… Cabutan bertuah untuk para peserta ๐ŸŽ

Program ini turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta dan diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat dan aktif.

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. ๐Ÿ’™

Photos from Hospital Sentosa's post 27/05/2026

๐Ÿ“Œ Asas Protokol & Pengacaraan Majlis Bil.1/2026

๐Ÿ“… Tarikh: 21 Mei 2026
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Pusat Latihan, Hospital Sentosa

Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek protokol serta pengacaraan majlis yang berkesan dan profesional.

Antara objektif program adalah:

โœ… Meningkatkan keyakinan diri peserta ketika pengucapan awam
โœ… Memperbaiki kemahiran komunikasi melalui penyampaian mesej yang jelas, tersusun dan mudah difahami.
โœ… Menguasai teknik penyampaian yang berkesan termasuk penggunaan bahasa badan, nada suara, intonasi dan gaya penyampaian yang menarik.
โœ… Meningkatkan kemampuan mempengaruhi audiens dengan teknik menarik perhatian, memberi inspirasi dan menyampaikan mesej secara efektif.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pengendalian majlis rasmi serta meningkatkan profesionalisme dalam penyampaian komunikasi.

Disediakan oleh: PPK Ismail Bin Mohd. Sultan Maricar

Photos from Hospital Sentosa's post 27/04/2026

๐๐ž๐ซ๐ก๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” & ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” anjuran Unit Terapi Carakerja Hospital Sentosa bersama PERKIP Cawangan Sentosa telah berlangsung dengan jayanya pada 24 April 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan OT, Hospital Sentosa.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Kami Sedia Membantu, diikuti bacaan doa serta ikrar. Seterusnya, amanat disampaikan oleh YBrs. Dr. Rosliwati Md Yusoff, Pengarah Hospital Sentosa, disusuli perkongsian Word of Wisdom dan video kesihatan. Turut diadakan pengumuman kakitangan naik pangkat dan berpencen serta sambutan hari lahir bagi bulan April.

Majlis diteruskan dengan Sambutan Hari Raya 2026 yang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, pertandingan menganyam ketupat serta pertandingan Ratu & Raja Raya.๐Ÿ’ซโœจ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Hospital Sentosa yang hadir serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.๐Ÿ™โœจ

๐Ÿ“ธ Gambar oleh: PPP Irwan

Photos from Hospital Sentosa's post 27/04/2026

โœ’๏ธ๐“๐š๐ฃ๐ฎ๐ค ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ: ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐ƒ๐ข๐ ๐ง๐ข๐Ÿ๐ฒ๐ข๐ง๐  ๐„๐ฅ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฒ ๐‚๐š๐ซ๐ž
๐Ÿ—“๏ธ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ๐Ÿ‘-๐Ÿ๐Ÿ’ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
โฑ๏ธ๐Œ๐š๐ฌ๐š: ๐Ÿ–๐š๐ฆ-๐Ÿ“๐ฉ๐ฆ
๐Ÿ“๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: ๐‹๐š ๐๐ซ๐จ๐ฆ๐ข๐ง๐š๐๐ž ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐’๐š๐ฆ๐š๐ซ๐š๐ก๐š๐ง

Tujuan/Objektif Program dianjurkan:
Matlamat Kursus ini adalah untuk memberi
kefahaman kakitangan mengenai perubahan fisiologi dan psikologi yang berkaitan dengan penuaan, meningkatkan kompetensi kakitangan dalam memberi respons yang berkesan terhadap keperluan kakitangan mengenai prinsip serta amalan penjagaan demensia dan memudahkan perbincangan dalam kalangan kakitangan mengenai cabaran yang dihadapi dalam menjaga warga emas di dalam persekitaran institusi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan penganjuran kursus ini dengan jayanya. Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pesakit.

Disediakan oleh: Sr.Patricia Nawai
Gambar oleh: Sn. Tonia Wong

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Jalan Penrisen, Batu 7, Kota Sentosa
Kuching
93250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:08 - 17:00