SeDidik - Page

SeDidik - Page

Share

Photos from SeDidik - Page's post 09/06/2026

TADIKA SeDidik Gedong (Zon Samarahan) telah meraikan Sambutan Hari Guru dalam suasana yang meriah dan penuh bermakna dengan penglibatan seramai 30 orang kanak-kanak serta warga pendidik.

Anak-anak tampil yakin memperagakan pakaian mengikut cita-cita dan pekerjaan impian masing-masing, di samping berkongsi cerita tentang kerjaya yang mereka idamkan. Aktiviti mewarna poster Hari Guru turut menyerlahkan kreativiti serta kemahiran motor halus mereka.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Program Young Saver Top 3 sebagai galakan untuk memupuk budaya menabung dan amalan berjimat cermat sejak awal usia.

Tidak ketinggalan juga TADIKA SeDidik Merdang (Zon Samarahan) mengadakan aktiviti Sukaneka Hari Guru bersama anak-anak.

Program sebegini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara guru dan anak-anak, malah membantu meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta pengetahuan tentang pelbagai peranan dan pekerjaan dalam masyarakat.

Teruskan Menyokong SeDidik Sarawak.

Admin: Azie M
Sumber: Cikgu Siti Zuraini & Cikgu Khadizah

Photos from SeDidik - Page's post 08/06/2026

Suasana penuh kasih sayang dan keceriaan mewarnai Sambutan Hari Guru dan Hari Ibu yang telah diadakan di Anjung Budaya Dalat bersama anak-anak, ibu bapa dan pendidik TADIKA SeDidik Dalat (Zon Mukah).

Anak-anak disemai rasa cinta, hormat dan penghargaan terhadap insan yang banyak berjasa dalam kehidupan harian mereka. Selain mengeratkan hubungan antara pendidik, ibu bapa dan anak-anak, program ini turut menjadi platform untuk mengenang pengorbanan serta kasih sayang yang dicurahkan tanpa batas.

Aktiviti yang penuh dengan nilai murni ini turut diadakan di TADIKA SeDidik Igan (Zon Mukah) dan TADIKA SeDidik Balingian (Zon Mukah) sebagai wadah untuk menyemai budaya menghargai jasa, kasih sayang dan pengorbanan ibu serta pendidik sejak awal usia.

Terima kasih Cikgu, Terima kasih Ibu, insan yang sentiasa membimbing dan menyayangi anak-anak sepanjang perjalanan mereka.

Teruskan Menyokong SeDidik Sarawak.

Admin: Azie M
Sumber: Cikgu Susiana, Cikgu Sujana & Cikgu Roha

Photos from SeDidik - Page's post 28/05/2026

Hari Permuafakatan TASKA SeDidik Wiswani (Zon Kuching) telah berlangsung dengan jayanya melibatkan seramai 60 orang ibu bapa/penjaga bersama 35 orang anak-anak.

Program ini menjadi platform terbaik untuk berkongsi perkembangan, tingkah laku serta penglibatan anak-anak sepanjang berada di TASKA. Selain itu, sesi perbincangan yang dijalankan turut membantu mengukuhkan hubungan mesra dan komunikasi dua hala antara pihak TASKA dan ibu bapa.

Terdahulu TASKA ini juga telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Raya bertempat di Dewan Utama Wiswani.

Teruskan Menyokong SeDidik Sarawak.

Admin: Azie M
Sumber: Cikgu Sharifah Noreha

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


No. 53, Lot 2303, Sub Seksyen 66, Yoshi Square, Jalan Pelabuhan
Kuching
93450

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30