SMK Sri Matang

SMK Sri Matang

Share

Photos from SMK Sri Matang's post 10/05/2026

🌸✨ MAJLIS PERSARAAN & MAJLIS PERPISAHAN WARGA SMK SRI MATANG ✨🌸

SMK Sri Matang telah mengadakan Majlis Persaraan bagi meraikan Puan Maslina Binti Ahmat Wasli (Pembantu Tadbir) serta Majlis Perpisahan untuk Encik Nor Shahlan Bin Sahad(Pembantu Makmal), warga Anggota Kump**an Pelaksana (AKP) SMK Sri Matang yang telah banyak menyumbang bakti dan jasa kepada sekolah.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh penghargaan dan kekeluargaan ini diadakan sebagai tanda terima kasih atas segala komitmen, dedikasi dan khidmat cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di SMK Sri Matang.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
🌹 Puan Maslina Binti Ahmat Wasli atas segala jasa dan pengorbanan sepanjang tempoh perkhidmatan sehingga ke hari persaraan.

🌹 Encik Nor Shahlan Bin Sahad atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di SMK Sri Matang.

Semoga Puan Maslina dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan bersama keluarga dalam menjalani kehidupan selepas persaraan, manakala Encik Nor Shahlan p**a terus maju dan cemerlang di tempat baharu.

β€œJasamu dikenang, budimu sentiasa di hati.” πŸ’

Photos from SMK Sri Matang's post 10/05/2026

πŸ”₯πŸš’ DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN SMK SRI MATANG 2026πŸš’πŸ”₯

Pada 6 Mei 2026 (Rabu), SMK Sri Matang telah mengadakan Program Demonstrasi Latihan Kebakaran dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi meningkatkan kesedaran serta kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan.

Program ini melibatkan simulasi kecemasan kebakaran, pergerakan murid ke kawasan berkumpul, demonstrasi memadam kebakaran serta sesi penerangan keselamatan oleh pihak bomba. Aktiviti ini telah memberi pendedahan dan pengalaman berguna kepada murid serta guru tentang tindakan yang perlu diambil semasa kecemasan berlaku.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta semua warga SMK Sri Matang yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga program seperti ini dapat melahirkan warga sekolah yang lebih peka, berdisiplin dan sentiasa bersedia dalam aspek keselamatan. πŸ”₯πŸ‘

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


KM13 Jalan Matang
Kuching
93050