JMSK PKS
🎓 Program Final Charge “Strategies for Success”
📅 Tarikh: 24 April 2026
🕐 Masa: 8.30 pagi – 12.30 tgh
📍 Tempat: Dewan Kuliah 1, PKS
13/04/2026
Program Pertandingan Mini Projek Sesi II 2025/2026: Rekabentuk Berasaskan STEM telah berjaya diadakan pada 10 April 2026 (Jumaat) bertemapat di Makmal Sains A dan B. Program ini adalah anjuran Unit Sains, Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK), Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dan merupakan program yang memerlukan pelajar mereka cipta model bagi mengaplikasikan pembelajaran dalam Topik 4 (Work, Energy and Power) dalam kursus DBS 10042 Engineering Science. Program ini menyasarkan penyertaan di kalangan pelajar semester satu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik, Awam dan Petrokimia, Politeknik Kuching Sarawak yang mendaftar kursus DBS 10042 Engineering Science bagi Sesi II: 2025/2026.
Antara objektif program adalah mendedahkan pelajar dengan pengalaman praktikal yang menghubungkaitkan pemahaman teori yang dipelajari di bilik kuliah dengan aplikasi sebenar melalui aktiviti hands-on, eksperimen serta pembinaan model. Pendekatan ini membolehkan pelajar bukan sahaja memahami teori, malah dapat merasai pengalaman sebenar yang menyeronokkan terhadap kemahiran dalam pembelajaran sains.
Program ini juga menekankan pendekatan pembelajaran berasaskan projek dengan penerapan elemen STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) dalam rekabentuk yang dibangunkan. Dengan pelaksanaan program ini, pelajar berpeluang menguasai bukan sahaja pengetahuan teknikal, malah memupuk kerja berpasukan, komunikasi dalam kalangan pelajar.
12/04/2026
We’ve successfully completed our two-day program, From Anxiety to Ability: Mastering Statistics and Probability! 📊✨
A huge thank you to all the students for your active participation, enthusiasm, and commitment throughout the program. You made these two days truly engaging and meaningful.
This program was designed to help turn uncertainty into confidence by equipping students with effective strategies, clear steps, and practical tips to tackle statistics and probability questions with greater ease.
Special thanks as well to the students who helped organize and run the program smoothly—your support and teamwork are greatly appreciated.
Wishing everyone continued focus and success in your upcoming examinations. Keep going and believe in your ability! 💪📚
20/03/2026
🌙✨
Salam Aidilfitri 1447H buat seluruh warga PKS.
Semoga Syawal yang mulia ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan serta dikelilingi insan tersayang.
Maaf Zahir dan Batin atas segala kekhilafan.
🌙✨
Ikhlas daripada,
Jabatan Matematik, Sains & Komputer
Politeknik Kuching Sarawak
🌙✨
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
POLITEKNIK KUCHING
Kuching
93050