STIDC Timber Museum
05/12/2025
🌿 LAWATAN SK PUSA KE MUZIUM PERKAYUAN PUSAKA 🌿
📅 Jumaat, 5 Disember 2025
Kayu meranti tegak berjajar,
Tumbuh megah di dalam hutan;
Datang bertamu sambil belajar,
Ilmu ditimba untuk bekalan. ✨
Muzium Perkayuan PUSAKA hari ini menerima kunjungan istimewa daripada Sekolah Kebangsaan Pusa, melibatkan rombongan seramai 72 orang, terdiri daripada 60 pelajar serta 12 guru dan kakitangan sekolah.
Sepanjang sesi lawatan, para peserta diberi penerangan mengenai sejarah industri perkayuan Sarawak, kepelbagaian spesies kayu tempatan, serta peranan PUSAKA dalam pembangunan sektor perkayuan negeri. Rombongan turut berpeluang meneroka galeri pameran, melihat artifak unik, dan memahami kepentingan pemeliharaan sumber hutan untuk generasi akan datang. 🌱
PUSAKA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SK Pusa kerana memilih Muzium Perkayuan PUSAKA sebagai destinasi pembelajaran. Semoga lawatan ini menambah ilmu, membuka minda, dan menyemai apresiasi terhadap khazanah hutan Sarawak 🌳📚.
🌿
02/12/2025
LAWATAN SK ENGKELILI NO.2 KE MUZIUM PERKAYUAN PUSAKA
27 NOVEMBER 2025
Ke Rambungan Memncing Ikan,
Sentiasa Diingatan Berhati-hati;
Terima Kasih Kami Ucapkan,
SK Engkelili NO2 Tetap Dihati
Melintas Rambungan Gunakan Feri,
Cuacanya Aman Sangatlah Redup;
Ilmu Ditimba Pengalaman Dicari,
Menjadi Pedoman Sepanjang Hidup
Jutaan terima kasih diucapkan kepada SK Engkelili NO.2. Semoga lawatan tersebut dapat memberi pengetahuan tambahan sebagai panduan para pelajar untuk masa depan dalam menjaga khazanah dan melestarikan alam sekitar.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the museum
Telephone
Website
Address
Wisma Sumber Alam, Jalan Stadium, Petra Jaya
Kuching
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |