Media Satok
26/05/2026
ππππππ ππππππππππ πππππ πππππππ ππππ πππππππ πππππππ ππ πππππ πππππππ ππππππ
21 Mei 2026 - Majlis Pelancaran Bulan Membaca Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Datu Merpati Jepang, melibatkan penyertaan para pelajar dan warga pendidik dari Sekolah Kebangsaan Datuk Merpati Jepang.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Samad Ghany, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, yang hadir mewakili kepimpinan negeri dalam menyokong usaha memperkasakan budaya membaca dan pembelajaran dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.
Program ini dianjurkan sebagai inisiatif untuk memupuk minat membaca sejak usia muda, di samping membentuk masyarakat yang berilmu, kreatif dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan di Sarawak.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat yang mampu menyemarakkan lagi budaya ilmu serta menggalakkan amalan membaca sebagai satu gaya hidup.
Penganjuran Bulan Membaca DBKU ini diharap dapat menjadi platform berterusan dalam melahirkan generasi yang cintakan ilmu pengetahuan serta menghargai kepentingan pendidikan dalam kehidupan seharian.
15/05/2026
ππππππ πππππ πππππ ππππππ
ππππ ππππ πππππππππ πππππ ππππ πππππππ ππππ
22 Mac 2026 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah dan harmoni Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Yang Berhormat Datuk Haji Ibrahim Baki; Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.8 Satok yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat, pemimpin komuniti, ahli parti, sahabat handai serta penduduk setempat dalam suasana penuh ukhuwah dan kemesraan.
Majlis ini menjadi platform istimewa untuk mengeratkan silaturahim sempena bulan Syawal, di samping memperkukuhkan hubungan antara kepimpinan dan rakyat dalam suasana yang santai namun penuh bermakna.
Kehadiran para tetamu daripada pelbagai latar belakang mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian yang sentiasa menjadi kekuatan masyarakat di kawasan Satok.
Majlis turut diserikan dengan jamuan hari raya, sesi ramah mesra serta pertemuan bersama para pemimpin masyarakat dan komuniti setempat, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan dan persefahaman dalam membangunkan kawasan.
04/04/2026
ππ πππππ ππππ πππππππ ππππ πππππ ππππππ πππππππ πππ πππππππ
3 April 2026 - Alhamdulillah, Yang Berhormat Datuk Haji Ibrahim Baki; Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.8 Satok telah menunaikan Solat Jumaat bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak; Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar di Masjid Bahagian Kuching.
Turut bersama adalah YBhg. Datuk Haji Misnu Bin Haji Taha; Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Sahibus Samahah Datu Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, M***i Sarawak; Sahibul Siyadah Tuan Haji Mual bin Haji Suaud; Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak bersama pegawai-pegawai.
Kehadiran TYT bukan sahaja menyerlahkan keprihatinan terhadap pengimarahan institusi masjid, malah mencerminkan kepimpinan yang dekat dengan rakyat serta sentiasa mendukung nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan bermasyarakat.
Program seperti ini turut menjadi wadah memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat, di samping menyemai semangat ukhuwah serta kesatuan ummah di negeri Sarawak.
Semoga keberkatan hari Jumaat ini membawa rahmat dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Sarawak.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Kuching