Kuching Boxing Association - KBA
24/08/2023
Penyerahan sijil penyertaan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng kepada Timbalan Presiden KBA, Puan Sandra Sharon A/P Bala Krishnan sewaktu program Kuching Festival 2023 Martial Arts Parade.
Untuk makluman, objektif penubuhan KBA ini adalah untuk;
1. Untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan Tinju dalam kalangan ahli serta orang awam,
2. Untuk mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan Tinju di peringkat bahagian Kuching,
3. Untuk memilih atlit bagi mewakili Kuching dalam mana-mana pertandingan sukan Tinju, dan
4. Untuk bergabung dengan badan perwakilan di peringkat negeri.
Penyelarasan bagi persembahan sukan Tinju ini diketuai oleh Setiausaha KBA iaitu Encik Azli Bin Karim dan dibantu oleh jurulatih-jurulatih setiap Kelab yang bernaung di bawah KBA.
Jumlah petinju: 42 orang
Jumlah Jurulatih: 14 orang
Sila "LIKE", "FOLLOW" dan "SHARE" page kami 👉Kuching Boxing Association - KBA dan Halaman Instagram 👉 kuching_boxing_association_ untuk mendapatkan maklumat terkini.
🔴🔵⚪️
24/07/2023
Setinggi-tinggi tahniah Mejar (KM) Sapok Anak Biki atas penganugerahan
Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas)
oleh YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg
sempena dengan Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka pada 22 Julai 2023.
Sumber: Pusat Cemerlang Tinju - PCT 1 Divisyen
✨ SALAM MAAL HIJRAH ✨
Semoga kita semua mendapat kebahagiaan, rezeki dan keberkatan di tahun baru hijrah ini. 🤲🏻
Ucapan ikhlas daripada Team Kuching Boxing Association - KBA kepada semua umat Islam.
25/06/2023
MAJLIS RINGKAS PENYERAHAN KUNCI PUSAT LATIHAN TINJU KUCHING BOXING ASSOCIATION (KBA) 🥊
Tarikh: 24 Jun 2023
Penyerahan kunci Pusat Latihan Tinju Kuching di bawah seliaan Kuching Boxing Association (KBA).
Semua ahli bersetuju untuk melakukan gotong-royong bersama mengemas dan menpersiapkan pusat latihan dengan kadar segera.
Penyediaan pusat latihan ini akan memberi kemudahan dari segi fasiliti yang bersesuaian untuk mencungkil bakat muda di Sarawak khasnya Bahagian Kuching dalam arena sukan tinju melalui latihan dan tunjuk ajar serta menerapkan nilai murni dalam diri pelapis-pelapis muda.
Diharap dengan adanya pusat latihan tinju ini dapat membantu memperkasakan lagi program pembangunan sukan tinju.
Sila "LIKE", "FOLLOW" dan "SHARE" page kami 👉Kuching Boxing Association - KBA dan Halaman Instagram 👉 kuching_boxing_association_ untuk mendapatkan maklumat terkini.
🔴🔵⚪️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
73&74, Riveredge Commercial Center Lorong Tun Abdul Rahman Yaakub 2D14 Off, Jalan Merdeka, Petra Jaya
Kuching
93050