LENSArawakku
16/11/2019
"Bomba Dan Penyelamat". Tugasan yang mencabar menjadi amanah dan tanggungjawab mereka, daripada memadam kebakaran, menyelamat mangsa lemas hingga sekecil² bantuan pun mereka akan hulurkan dan terima dengan tangan terbuka. Semoga Allah melindungi dan memberikan kebaikan diatas segala usaha kalian.
Kredit :
1. Balai Bomba Tabuan Jaya
2. Tabika Kemas Moyan Ulu
13/11/2019
"Majlis Tilawah Al Quran" Peringkat Daerah Lundu, telah diadakan pada 11 November 2019 di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Satem Daerah Lundu.
10/11/2019
"Pertandingan Seni Suara & Gaya Burung". Pertandingan tok merupakan pertandingan yang melibatkan kategori burung spesis murai batu yang mempunyai kicauan yang tersendiri yang mengasyikkan. Walaupun yang diadakan adalah mini bon, namun kehadiran peminat sang kicau ini menambahkan seri majelis yang diadakan. Nampaknya kelab burung murai semakin bertambah dan maju di bumi sarawak. Admin berpeluang menyaksikan sendiri juri dan hakim pertandingan yang boleh dikatakan mempunyai kelebihan dalam mengadili seni dan gaya burung kerana berupaya bertugas tatkala burung² bertanding diletakkan dalam satu tempat yang sama dan juri harus menilai setiap seekor berdasarkan seni suara dan gaya masing². Semoga aktiviti dan program ini terus diadakan untuk memeriahkan aktiviti dalam masyarakat setempat.
Kredit : penganjur Mini Karnival Demak Fasa 2 & Mini Bon Pertandingan Seni Suara & Gaya Burung
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Kuching
93050