Haluan Pendidikan Kesihatan IPT
04/01/2025
Hari ini, cuba kita perhatikan sekeliling. Kedai-kedai minuman manis tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Harga? Murah. Lokasi? Ada di mana-mana.
Belum lagi godaan lain—menu viral di media sosial, video “food review” yang memaparkan pencuci mulut melimpah coklat, caramel dan nutella.
“Bukan selalu, bukan hari-hari.”
Ini alasan yang biasa kita beri. Tapi hakikatnya, kebiasaan kecil inilah yang membentuk ketagihan. Tanpa kita sedari, minuman manis itu bukan lagi ‘sekali-sekala’, tapi menjadi sebahagian rutin.
Memang bukan mudah untuk terus cut sugar, tapi kita boleh mula perlahan-lahan:
1. Kurangkan Gula Tambahan: Tukar minuman manis kepada air kosong atau teh tanpa gula.
2. Baca Label: Pilih makanan dengan kandungan gula yang rendah.
3. Sediakan Snek Sihat: Gantikan makanan manis dengan buah-buahan segar.
4. Disiplin dengan Alasan: Jangan terus terpedaya dengan alasan “bukan selalu.”
Kunci utamanya ialah kesedaran. Bila kita sedar tentang kesan gula pada tubuh, kita akan lebih mudah membuat keputusan untuk berubah.
2025 untuk Cut Sugar!
02/01/2025
Budaya hidup masyarakat kini yang terlalu sibuk dengan tugasan harian menjadikannya cenderung keletihan pada penghujung hari.
Masyarakat disarankan untuk mengikut tip yang dikongsikan untuk kekal cergas sepanjang hari.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
https://www.facebook.com/share/p/1QBQGnNwcm/?mibextid=wwXIfr
13/12/2024
*Peluang Melanjutkan Pelajaran Buat Anak-Anak Sarawak!*
Nak sambung belajar tapi tak pasti peluang?Jangan risau!
Kini terbuka untuk pengambilan pelajar 2025 dengan pelbagai pilihan program menarik.
Bidang Diploma yang Menanti Ktkorang :
- Pembantu Kesihatan
- Inspektor Kesihatan
- Fisioterapi
- Penjagaan Kesihatan
- Teknologi Makmal
- Farmasi
- Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA)
- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Apa tunggu lagik? Juh datang ke sesi temuduga percuma untuk tauk lebih lanjut!
*Kenak Pilih Kmkorang ??*
- ✅ Diiktiraf MQA, jaminan kualiti
- ✅ Biasiswa disediakan
- ✅ Jaminan pekerjaan selepas tamat
- ✅ Hostel & Pengangkutan sepanjang pengajian
*Siapa yang Layak?*
- Berumur 18 - 27 tahun
- Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 2 kredit
- Lepasan SPM/SPMV/STPM/gagal UPU/SPM kurang cemerlang
Juh Daftar Kinektuk! Tempat Terhad!
1. Daftar segera di sini: [Link Pendaftaran](https://surveyheart.com/form/673190cf09de290641f1cd99)
2. Atau hantar slip SPM melalui WhatsApp:
https://wa.me/message/LDLNLVR3ABZ7H1
12/12/2024
Hidup ini penuh dengan perkara yang kita genggam, kadang-kala terlalu lama, hingga ia menyakitkan.
Tapi Disember ini, berhentilah sejenak. Renunglah apa yang membebankan hati. Apakah semua itu benar-benar berbaloi untuk dibawa ke tahun baru?
Singkirkan apa yang menyakitkan. Padamkan kenangan yang melukakan. Buang jauh-jauh apa sahaja yang merendahkan nilai diri dan kebahagiaan anda. Jangan biarkan ia mengekori langkah anda ke tahun 2025 ❤️
06/12/2024
Elakkan terdedah kepada najis burung merpati kerana boleh menyebabkan Jangkitan Paru Paru Merpati atau “pigeon lung”Penyakit ini boleh berlaku apabila spora kulat atau bakteria dari najis burung disedut dan masuk ke dalam paru-paru.
Kuman kulat Histoplasma capsulatum yang terdapat dalam najis burung menyebabkan gejala demam, batuk, letih, dan dalam kes yang teruk, jangkitan paru-paru yang kronik.
Selain itu boleh ada jangkitan Cryptococcus neoformans & Psittacosis (Ornithosis). Sebab itu perlu elakkan memberi makanan kepada burung merpati atau berlari ke arah kumpulan merpati. Jika anda membersihkan najis burung, pastikan anda memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kuching
93050