Jom Itong

Jom Itong

Share

15/04/2026

🌟 Alhamdulillah, Tahniah & Syabas! 🌟

Sekalung tahniah diucapkan kepada Fatin Fatimah, pelajar Jom Itong dari Johor atas kejayaan cemerlang memperoleh 6A dalam SPM 2025! πŸŽ‰

Lebih membanggakan, Fatimah berjaya mendapat A dalam Matematik dan B dalam AddMath – satu pencapaian yang sangat baik hasil usaha dan konsistensi sepanjang pembelajaran.

Fatimah mula mengikuti kelas Jom Itong sejak Tingkatan 4 sehingga ke SPM. Walaupun berada jauh di Johor, jarak bukan penghalang untuk berjaya. Dengan platform Google Meet, sesi pembelajaran tetap berjalan lancar dan berkesan.

Menariknya, Fatimah juga merupakan adik kepada dua bekas pelajar saya beberapa tahun lepas. Terima kasih atas kepercayaan berterusan keluarga ini kepada Jom Itong sejak awal kelas online diperkenalkan pada tahun 2020. πŸ™

Hakikatnya, kelas online memang sangat bermanfaat jika dimanfaatkan dengan disiplin dan kesungguhan. Fatimah adalah bukti bahawa kejayaan itu boleh dicapai walau di mana kita berada.

Tahniah sekali lagi Fatimah! Semoga terus cemerlang di masa hadapan dan menjadi inspirasi kepada pelajar lain. πŸ’ͺ✨

05/04/2026

✨ Alhamdulillah, Tahniah & Syabas! ✨

Sekalung tahniah buat Mok Siaw Sen atas pencapaian cemerlang dalam SPM 2025 dengan keputusan 6A 3B! πŸŽ‰

Lebih membanggakan, perjalanan dalam subjek AddMath sangat luar biasa. Mula menyertai kelas Jom Itong pada Jun 2025 (kurang 6 bulan nak SPM),. Ketika itu sering gagal… namun dengan usaha yang konsisten, semangat yang tinggi dan tidak mudah putus asa, akhirnya berjaya memperoleh B dalam AddMath SPM πŸ‘

β€œlewat sangat tahu pasal kelas cikgu dari kawan saya. kalau tahu awal mungkin dapat buat persiapan yang lebih rapi lagi.”

Istimewanya, Mok Siaw Sen juga merupakan satu-satunya pelajar berbangsa Cina yang sudi menyertai kelas online saya ini β€” satu keberanian yang sangat dihargai dan membuktikan bahawa usaha tidak mengenal batas bangsa dan agama🌟

Kejayaan ini bukan sekadar tentang keputusan, tetapi tentang perubahan, kesungguhan dan keyakinan diri yang dibina sepanjang perjalanan.

Semoga terus berjaya dalam langkah seterusnya! πŸš€

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kuching
93050

Opening Hours

Monday 20:00 - 22:00