JKKK Taman Ria 3/4 BBS

JKKK Taman Ria 3/4 BBS

Share

Photos from JKKK Taman Ria 3/4 BBS's post 19/04/2026

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Gabungan NGO Taman Ria dan Taman Impian telah berlangsung dengan penuh meriah dalam suasana harmoni dan penuh ukhuwah.

Program ini bukan sahaja menjadi platform mengeratkan silaturahim antara penduduk, malah memperkukuh kerjasama antara NGO dalam usaha membina komuniti yang lebih bersatu dan sejahtera.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga semangat kebersamaan ini terus dipupuk demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. ๐ŸŒ™โœจ

Photos from JKKK Taman Ria 3/4 BBS's post 07/03/2026

07.03.26 (Sabtu) - Program Pengagihan Bubur di Bandar Baru Samariang berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan. Sebanyak 600 pek bubur iaitu bubur lambuk, bubur pedas dan bubur kacang telah diagihkan kepada orang ramai sekitar kawasan tersebut.

Pengagihan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman yang turut meluangkan masa menyantuni penduduk serta pengunjung yang hadir. Program ini bukan sahaja menghidupkan suasana Ramadan, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan dan kegembiraan kepada semua, selari dengan semangat berkongsi rezeki di bulan yang mulia ini.

14/07/2025

*Makluman kepada semua, penyertaan telah ditutup, terima kasih yang telah mendaftar๐Ÿซฐ๐Ÿป*

๐Ÿ“ฃ [PERCUMA] Bengkel Asas MS Word & Canva (Resume)

Nak belajar asas Microsoft Word & cara buat resume yang menarik guna Canva? ๐Ÿ’ปโœจ
Jom sertai bengkel anjuran JKKK Taman Ria Fasa 3/4!

๐Ÿ—“๏ธ 19โ€“20 Julai 2025
โฐ 9.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Rumah JKKK, Bandar Baru Samariang
๐Ÿ‘ฅ Terhad kepada 15 orang peserta
๐Ÿฝ๏ธ Makanan disediakan!
๐Ÿ’ผ *Bawa laptop sendiri jika ada*
๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang โ€“ Imbas QR Code dalam poster!

Tempat terhad, siapa cepat dia dapat! ๐Ÿ”ฅ

Photos from JKKK Taman Ria 3/4 BBS's post 23/03/2025

โ€œJuh ambik bubur pake sungkey!"

JKKK Taman Ria Fasa 3 & 4 nganjur Program Pengagihan Bubur Lambuk & Bubur Kacang serta Sumbangan Asnaf.

๐Ÿ“… Tarikh: 23 Mac 2025 (Ahad)
โฐ Masa: 1.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Rumah JKKK Bandar Baru Samariang

Sama-samalah kita bekongsi rezeki & merapat silaturahim. Jumpa di sitok!

25/01/2024

โ€ผ๏ธ๐Ÿ”ˆJuhh semua orang Bandar Baru, kita merami di JKKK Fitness Bersama Komuniti ๐Ÿ’ช๐Ÿผpada masa seperti berikut

Tarikh: 4 Februari 2024
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Dataran Bandar Baru Samariang (depan Rumah JKKK)

๐Ÿ“Lokasi Google Maps
https://g.co/kgs/ZoHRKZs

Jumpa kitak di sia โœŒ๐Ÿป

**Jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, tarikh akan ditunda pada Ahad seterusnya**

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


BANDAR BARU SAMARIANG
Kuching
93050