Jasmine John

Jasmine John

Share

Photos from The Band Lab's post 13/07/2025

Happy to be part of the event!!

23/06/2025

“KUSONG” DINOBAT JUARA ACLB EDISI KE-10

TEBEDU, 24 Mei – Lagu Kusong ciptaan Jasmine John yang dinyanyikan beliau sendiri bersama Michael Gayut dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Bidayuh, ACLB edisi ke-10.

Mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, piala serta hadiah sampingan.

Menurut Jasmine, lagu Kusong merupakan karya yang sangat peribadi dan menyentuh emosi kerana ia diinspirasikan daripada pengalaman kehilangan orang tersayang secara tiba-tiba.

Beliau turut mendedahkan bahawa proses untuk menghasilkan lagu tersebut memakan masa lima tahun sebelum akhirnya direalisasikan sebagai lagu duet bersama Michael.

Dalam pada itu, Jasmine menyifatkan ACLB sebagai platform penting dalam memperkasakan industri muzik Bidayuh.

Beliau berharap agar satu lagi kategori ditambah iaitu persembahan terbaik pada masa akan datang, bagi mengiktiraf aspek visual dan kreativiti secara menyeluruh.

Jasmine dan Michael turut menyatakan harapan agar lagu-lagu Bidayuh dapat diterima secara lebih meluas dan menembusi pasaran arus perdana, sekali gus mengubah perspektif masyarakat terhadap muzik etnik tempatan.

Hadir menyampaikan hadiah ialah Alhli Parlimen Seriam, Dato Sri Richard Riot Jaem, ADUN Tebedu Dr. Simon Bada.

Tempat kedua dimenangi oleh lagu Ngarah ciptaan Pierre Nyapus yang dipersembahkan oleh band YY Phang dan membawa RM3,000 piala dan hadiah sampingan.

Lagu Setia ciptaan Roxy Ixzy dan Nelson Limbun, dengan lirik oleh Roxy Ixzy dan nyanyian oleh Valerie Thiam berjaya memperoleh temoat ketiga dan membawa pulang RM2,000, piala dan hadiah sampingan.

Anugerah Vokal Terbaik dinobatkan kepada lagu Megau Jawa Siru ciptaan Daren dan dipersembahkan oleh kumpulan Wooden Gun, manakala Anugerah Lagu Paling Popular menjadi milik lagu Ditik Dinok Ranchak hasil ciptaan Forman Semble yang dipersembahkan oleh kumpulan D’Jegan. Kedua-dua kategori ini masing-masing menerima RM1,000 dan piala.

ENDS... ROSE

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kuching