SMK Batu Lintang

SMK Batu Lintang

Share

Photos from SMK Batu Lintang's post 20/05/2026

*STANDARD 3*
Pengurusan Kurikulum, kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
3.3.3 Pengurusan Keselamatan Murid

CERAMAH PENDIDIKAN KESEDARAN KESELAMATAN JALAN RAYA

🗓️ Tarikh:20 Mei 2026
🏢 Tempat: Dewan Seri Lintang, SMK Batu Lintang
🫱🏼‍🫲🏽 Anjuran: Jawatankuasa Hal Ehwal Murid (Unit 3K)

PENGLIBATAN
1) Guru dan Staf SMK Batu Lintang
2) Murid-murid SMK Batu Lintang

Objektif
▶️ Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya.
▶️ Memberi pendedahan kepada murid mengenai langkah keselamatan semasa berjalan kaki, melintas jalan dan menaiki kenderaan.
▶️ Memupuk sikap bertanggungjawab serta berhemah dalam kalangan murid ketika menggunakan jalan raya.
▶️ Mengurangkan risiko kemalangan jalan raya melibatkan murid sekolah.

Rumusan
Ceramah kesedaran keselamatan jalan raya yang dianjurkan oleh Unit 3K (JK Keselamatan) di bawah Hal Ehwal Murid (HEM) telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat perhatian murid. Penyampaian maklumat berkaitan kepentingan mematuhi peraturan jalan raya, penggunaan laluan yang selamat serta sikap berhati-hati telah membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap aspek keselamatan diri ketika berada di jalan raya dan kawasan sekolah.

Impak
Program ini berjaya menjadikan murid peka terhadap kepentingan menjaga keselamatan diri di jalan raya dan kawasan sekolah. Murid memahami risiko dan akibat sekiranya tidak mematuhi peraturan jalan raya. Wujud peningkatan disiplin murid semasa datang dan pulang dari sekolah. Program ini diharapkan sentiasa membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat dan kondusif.

Tindak Susul
▶️ Mengadakan ceramah atau kempen keselamatan jalan raya secara berkala.
▶️ Menyediakan poster dan bahan informasi keselamatan jalan raya di sekitar sekolah.
▶️ Mengadakan kuiz atau aktiviti berkaitan keselamatan jalan raya semasa perhimpunan.
▶️ Guru bertugas dan pengawas memantau pergerakan murid di pintu pagar sekolah.

Photos from SMK Batu Lintang's post 13/05/2026

Standard 3: Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid.

Standard: Standard 3.2: Pengurusan Kokurikulum.

Aspek: Aspek 3.2.2: Pengurusan Kelab/Persatuan.

Kriteria/Tindakan Kualiti: Tindakan 3.2.2.1: Merancang dan melaksanakan aktiviti kelab/persatuan yang berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi.

Huraian: Melaksanakan aktiviti yang dijadualkan, merekodkan kehadiran dan melaporkan aktiviti dengan mematuhi ketetapan, mengikut keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.

B) TAJUK
LAPORAN PROGRAM EDUCATIONAL MUSEUM HERITAGE & SCIENCE 2026

C) PERINCIAN
Tarikh: 09 Mei 2026 (Sabtu)
Tempat: Borneo Culture Museum, Kuching
Masa: 08:00 Pagi – 03:00 Petang

D) PENGLIBATAN
Program ini melibatkan kehadiran seperti berikut:
Murid: 39 Orang
Guru Pengiring: 4 Orang

E) OBJEKTIF
1)MENINGKATKAN pemahaman murid terhadap sejarah budaya Borneo dan integrasi sains dalam pemeliharaan artifak melalui pendedahan secara visual dan interaktif.

2)MENGUKUHKAN kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid dengan menghubungkaitkan pembelajaran di bilik darjah dengan realiti sejarah dan teknologi sains di luar sekolah.

F) RUMUSAN
Pelaksanaan program bermula pada jam 08:00 pagi dengan sesi taklimat keselamatan sebelum bertolak ke Borneo Culture Museum. Setibanya di lokasi, murid dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk menerokai aras galeri yang mempamerkan warisan budaya dan pameran sains interaktif. Guru pengiring memantau pergerakan murid sambil memberikan input tambahan mengenai fakta-fakta sejarah yang ditemui. Aktiviti diakhiri dengan sesi refleksi ringkas dan kuiz bertulis berdasarkan pameran yang dilawati sebelum bertolak pulang pada jam 03:00 petang.

G) IMPAK
Keberkesanan Objektif: 100% murid berjaya melengkapkan buku skrap ringkas hasil daripada pemerhatian di galeri.

Output: Murid menunjukkan minat yang tinggi dalam menghargai warisan budaya tempatan dan memahami aplikasi sains dalam kehidupan seharian.

Kemenjadian Murid: Peningkatan tahap keyakinan diri murid dikesan melalui sesi soal jawab aktif bersama pemandu pelancong muzium.

H) TINDAK SUSUL
Penambahbaikan: Dicadangkan agar tempoh masa lawatan dipanjangkan bagi sesi bengkel amali (hands-on) di bahagian sains muzium agar murid mendapat pengalaman pembelajaran yang lebih mendalam.

Way Forward: Mengintegrasikan hasil lawatan ini ke dalam tugasan Projek Berbasiskan Pembelajaran (PBL) bagi subjek Sejarah dan Sains di sekolah sebagai aktiviti pengukuhan pasca-program.

Photos from SMK Batu Lintang's post 10/05/2026

TAJUK: PENYERAHAN REFURBISHED DESKTOP PC SUMBANGAN SWINBURNE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SARAWAK KEPADA SMK BATU LINTANG

Kekuatan Kami
Aspek A9: Sokongan Ibu Bapa/Penjaga, Komuniti dan Pihak Swasta
Aspek A7: Persekitaran Digital

Standard Aspek
Standard 1: Kepemimpinan
Aspek 1.3 PGB Sebagai Pendorong
1.3.3 PGB menggerakkan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara terancang
(c) Menyediakan keperluan dan kemudahan digital.

Standard 2: Pengurusan Organisasi
2.4 Pengurusan Sumber Pendidikan
2.4.1 Sumber Pendidikan diurus secara sistematik dan terancang

Aspek 2.7 Permuafakatan strategik
2.7.1 d..Mewujudkan rangkaian komuniti

Perincian:
Majlis Penyerahan
Tarikh: 24 April 2026
Masa: 2:30-4:00
Kehadiran: Pengetua Angela B**g Yan Yan

Sesi Penerimaan:
Tarikh: 8 Mei 2026
Masa: 9:00-10:00
Kehadiran:
Pengetua Angela B**g
PK Pentadbiran Shamsurya bin Hamden Hamid
PKT6 Lim Hock Kiong

Impak
1. Meningkatkan akses murid dan guru kepada kemudahan ICT serta pembelajaran digital.
2. Mengukuhkan hubungan strategik antara sekolah dan institusi pengajian tinggi/swasta.
3. Menyokong ekosistem pendidikan digital dan penggunaan teknologi dalam PdP.
4. Membantu sekolah mengoptimumkan sumber sedia ada bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.1.

Tindaksusul:
Program ini bukan sahaja memberi manfaat dari sudut prasarana digital, malah memperlihatkan keberkesanan kepimpinan sekolah dalam membina jaringan kolaboratif dengan pihak luar demi kecemerlangan pendidikan murid.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


SMK Batu Lintang, Jalan Kolej
Kuching
93200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00