ADUN N. 25 Simunjan

ADUN N. 25 Simunjan

Share

Photos from ADUN N. 25 Simunjan's post 14/04/2026

Petang tadi, kmk hadir Lawatan Pemantauan Projek Agensi Pembangunan Wilayah (IRSDA) bersama Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahman bin Junaidi, Timbalan Menteri Agensi Pembangunan Wilayah.
Lawatan pemantauan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan semasa projek serta memastikan pelaksanaannya berjalan lancar mengikut perancangan. Apabila siap kelak, projek ini dijangka memberi manfaat besar kepada rakyat, khususnya dalam menyediakan kemudahan jalan yang lebih baik bagi kawasan bandar baharu Simunjan.
Sekiranya projek ini dapat disiapkan mengikut jadual, ia pasti akan menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi setempat, selaras dengan aspirasi Simunjan Sejahtera dan Sarawak Maju Makmur.

Photos from ADUN N. 25 Simunjan's post 08/04/2026

Pagi ini kmk berkesempatan menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 Dewan Undangan Sarawak.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran
Tuan Yang Terutama Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, yang menambahkan lagi kemeriahan serta keberkatan majlis.
Majlis ini merupakan platform yang amat bermakna dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara Ahli Dewan Undangan Negeri, pegawai kerajaan serta warga perkhidmatan awam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Suasana penuh kemesraan dan harmoni jelas mencerminkan semangat perpaduan serta kebersamaan dalam kalangan semua yang hadir.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan serta penganjuran majlis yang begitu tersusun dan meriah.
Semoga sambutan Aidilfitri ini terus memperkukuh ukhuwah serta semangat kerjasama dalam membangunkan negeri Sarawak yang kita cintai.

Photos from ADUN N. 25 Simunjan's post 29/03/2026

Pagi tadi, kmk berkesempatan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2026 anjuran Pusat Khidmat ADUN N17 Stakan.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh meriah ini bukan sahaja menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim, malah memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan layanan yang amat baik.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. 🌙✨

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Lot 293 Tingkat 1 Jalan Datuk Ajibah Abol Kuching
Kuching
93400