Generasi Sarawak Ku

Generasi Sarawak Ku

Share

Abdul Hadi ke Iran bertemu pemimpin gerakan Islam Sunni, Syiah 24/09/2024

Log MasukDaftar





Psikologi pengikut kultus yang tidak merdeka



Awas 'musang berbulu ayam'!



'KPM bagi ubat yang betul'



Sesat disangka benar



Banteras rasuah dalam pilihan raya

LAGI 

UNDIAN PEMBACA

Wajarkan peperiksaan UPSR dan PMR dikembalikan atau ditambah baik PBD?

A. Kembalikan UPSR, PMR

B. Tambah baik PBD

Vote

BERITA

>Politik

Abdul Hadi ke Iran bertemu pemimpin gerakan Islam Sunni, Syiah

OlehQURRATUL AINA QUDDUS

23 September 2024 05:23pmMasa membaca: 4 minit

Abdul Hadi berpeluang memberikan ucaptama semasa di Muktamar Penyatuan Islam Sedunia kali ke-38. Foto Facebook Abdul Hadi Awang.

A

A

A

Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkesempatan bertemu pemimpin gerakan Islam dan ulama yang mewakili kelompok Sunni serta Syiah dari pelbagai negara.

Beliau berkata, ia bersempena Mesyuarat Majlis Tertinggi Majma’ Taqrib Mazahib di bawah kepimpinan Syeikh Dr Abdul Hamid Al-Shahriari.

“Saya juga diberikan penghormatan menghadiri majlis bersama Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Imam Khamenei.

"Dalam kesempatan sama, saya turut bertemu rakan-rakan pemimpin gerakan Islam dan ulama yang mewakili kelompok Sunni dan Syiah dari Palestin, Iran, Arab Saudi, Turkiye, Rusia, Lubnan, Pakistan, India dan Afghanistan, di samping memenuhi undangan temu ramah dengan beberapa agensi berita antarabangsa.

https://www.sinarharian.com.my/article/687184/berita/politik/abdul-hadi-ke-iran-bertemu-pemimpin-gerakan-islam-sunni-syiah?fbclid=IwY2xjawFfMkhleHRuA2FlbQIxMQABHVMs_ZfCRQLo9m1J_dozv0WpeldsxD9vtHTZSbHKZ6f9DY_SgfZW1wtVTg_aem_Gap5b4c04jVeec9XZ9cOKA

Abdul Hadi ke Iran bertemu pemimpin gerakan Islam Sunni, Syiah SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkesempatan bertemu pemimpin gerakan Islam dan ulama yang mewakili kelompok Sunni serta Syiah dari pelbagai negara. Beliau...

Photos from Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak's post 30/01/2024
23/11/2023

12 KAUM YANG TELAH DIBINASAKAN!

Dalam Al-Quran, banyak sekali diceritakan tentang kisah-kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah swt dek kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai penyimpangan yang telah dilarang.

Berikut ini adalah kaum-kaum yang dibinasakan.

Kaum Nabi Nuh

Nabi Nuh a.s berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olokkan Nabi Nuh a.s. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan istri Nabi Nuh a.s sendiri (QS Al-Ankabut : 14).

Kaum Nabi Hud

Nabi Hud a.s diutuskan untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud a.s. Allah swt lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun dalam pasir dan akhirnya binasa (QS Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

Kaum Nabi Saleh

Nabi Saleh a.s diutuskan Allah swt kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh a.s diberi sebuah mukjizat berupa seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah swt menimpakan azab kepada mereka (QS Al-Hijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

Kaum Nabi Luth

Umat Nabi Luth a.s p**a terkenal dengan perbuatan menyimpang, iaitu hanya mahu menikah dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan le***an). Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka masih tidak mahu bertaubat. Allah swt akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat dengan disertai oleh angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth a.s ini akhirnya tertimbun di bawah reruntuhan rumah mereka sendiri (QS As-Syu’araa: 160, An-Naml: 54, Al-Hijr: 67, Al-Furqan: 38, Qaf: 12).

Kaum Nabi Syuaib

Nabi Syuaib a.s diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka s**a melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu dikurangi. Allah swt pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Meski pun mereka berlindung di tempat yang teduh, namun masih tidak mampu melepaskan rasa panas tersebut. Akhirnya, mereka binasa (QS At-Taubah: 70, Al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan Al-Hajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib a,s juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang tanah padang yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebahagian ahli tafsir disebut sebagai penyembah hutan lebat (Aikah) (QS Al-Hijr: 78, As-Syu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

Firaun

Kaum Bani Israil p**a sering ditindas oleh Firaun. Allah swt telah mengutuskan Nabi Musa a.s dan Harun a.s untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah swt. Namun, Firaun malah mengaku dirinya sebagai tuhan p**a. Dia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini jasad itu masih dapat disaksikan di muzeum mumi di Mesir (Al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).

Ashab Al-Sabt

Mereka INI adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah swt untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah swt menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (QS Al-A’raaf: 163).

Ashab Al-Rass

Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan kepada suatu kaum. Konon, nabi yang diutuskan kepada mereka adalah Nabi Saleh a.s. Namun, ada p**a yang menyebutkan Nabi Syuaib a.s. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada p**a yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada p**a yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah swt (Qs Al-Furqan: 38 dan Qaf ayat 12).

Ashab Al-Ukhdud

Ashab Al-Ukhdud adalah sejenis kaum yang menggali parit dan menolak untuk beriman kepada Allah swt, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dilemparkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yanga sedang menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah swt (QS Al-Buruuj: 4-9).

Ashab Al-Qaryah

Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (sebuah negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (QS Yaasiin: 13).

Kaum Tubba’

Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat engkar kepada Allah swt sehingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah bendungan (empangan) air (QS Ad-Dukhan: 37).

Kaum Saba

Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Oleh kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman a.s, akhirnya Allah swt menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim) (QS Saba: 15-19).

CC- Rahmat Rahman

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


No. 28, Kampung Mambong Penrissen-Padawan
Kuching
93010