hanafi bekam

hanafi bekam

Share

Photos from hanafi bekam's post 06/08/2023

Terima kasih kepada pesakit mengunakan rawatan bekam + terapi tulang(tarit bahagian kaki)
Keluhan pesakit selalu nyidap sakit pinggang
Semoga sihat sihat selalu hendaknya..

09/05/2023

BIJI ANGIN

Sakit-sakit badan tanda badan banyak angin bila picit rasa bebiji-biji, yang ini orang kata bijik angin.

Pesakit datang buat bekam mengeluh badan banyak angin sakit badan. Perawat pun angguk setuju. Kita pun buktikan yang badan pesakit banyak angin, kita snap gambar cawan bekam masa rawatan dan tunjuk wap dalam cawan bekam.

Angin hanya boleh ada dalam paru-paru, perut dan usus. Angin tak boleh ada dalam salur darah risiko air embolism. Istilah angin hanya digunakan oleh orang tua kita dulu untuk menggambarkan rasa sakit dan tak selesa itu.

Orang tua dahulu tak guna istilah perubatan kerana keterbatasan tetapi mereka sangat expert dalam mengambil unsur alam untuk diterjemahkan. Jadi mereka gunakan istilah yang mudah dan senang faham. Kalau cakap badan masuk api, batu, tanah, pokok macam tak sesuai. Istilah anginlah yang lebih sesuai ketika itu.

Kaki masuk angin sebagai contohnya.

Kesakitan otot yang kita rasai itu dan bila dipicit rasa berbijik itu kerana jaringan halus dalam otot mengecut kuat dan menghasilkan pembengkakan pada jaringan otot. Pembengkakan itu bila dipicit seperti berbijik-bijik.

Antara faktor jadi begitu adalah trauma, cara kerja otot yang salah, penggunaan otot yang terlalu kuat, lama atau berlebihan.

Istilah perubatannya trigger point. Pada otot yang trauma atau penggunaan yang berlebihan boleh menimbulkan pengecutan yang kuat dan pembengkakan sehingga membuatkan terbentuknya bijik-bijik jaringan otot yang banyak sehingga dipanggil trigger point.

Trigger point ini akan sakit kerana mengalami kekurangan pengaliran darah dan merangsang iritasi saraf. Saraf yang terlibat itu juga akan pengaruhi bagaimana karakter sakit yang akan dirasakan.

Kenapa bekam, urutan, guasa, akupuntur, infrared heat therapy boleh bantu melegakan ??

Kesakitan otot itu hilang kerana rawatan tersebut dapat memperbaiki pengaliran darah di tempat sakit dan membuatkan jaringan otot yang mengecut kuat tadi akan terlepas dan lebih rileks. Saraf dan lain-lain mula mendapatkan darah dan oksigen yang mencukupi.

Tidak salah untuk menggunakan istilah angin supaya orang awam lebih faham tetapi bila perawat start tunjuk dan bagi penerangan wap dalam cup bekam itu angin dalam badan yang buat sakit. Ini gimic dan mengelirukan.

Kalau masih ingat di sekolah dulu kita pernah belajar tentang kondensasi. Ini jawapan bagi cup yang berwap. Bila darah dikepong suhu dalam cawan lebih tinggi berbanding luar cawan.

Semoga bermanfaat.

09/04/2023

Banyak yang bertanya mcm mana nak sapu Madu lebah ke luka?

=================

1. Cari kain kasa yang bersih dan steril supaya luka tak melekat dikain balut.

2. Tuang madu quad Tualang cukup-cukup untuk menutupi luka.

3. Balut dengan ketat sehingga madu tidak tumpah (deep dressing)

4. Sebaiknya dilakukan 2x sehari. Sebelum tidur malam. Dan selepas mandi pagi.

5. Sebaiknya, minumkan pesakit 2 sudu Madu 3x sehari (tiap 8 jam) selama 3 hari sebagai antibiotik semulajadi.

Luka akan cepat sembuh dan pendarahan berhenti.

Dalam istilah perubatan disebut, honey wound dressing.
Kajian telah membuktikan bahawa Madu Tualang mempunyai sifat antimikroba, anti-radang, antioksidan, antimutagenik, antitumor, dan antidiabetik, selain sifat penyembuhan luka. Sebilangan khasiatnya serupa dengan madu Manuka (madu monofloral New Zealand dan / atau Australia). (Sarfarz Ahmed., Review of the Medicinal Effects of Tualang Honey and a Comparison with Manuka Honey, 2013)

Pastikan Madu Tualang original ya. Kalau guna madu tak jelas dimana sumber tuainya, saya tak rekemen. 😌

Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


KAMPUNG HAJI BAKI BLOCK C Jalan BATU KITANG
Kuching

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 12:00
14:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00