Pusak SC
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua followers Pusak SC. Untuk makluman TEAM PUSAK akan berehat daripada menyertai mana-mana pertandingan, perlawanan persahabatan, event yang rasmi mahupun tidak rasmi sehingga suatu masa yang akan dimaklumkan kelak. Dengan kesempatan ini pihak pengurusan mengucapkan terima kasih kepada semua pemain, bekas pemain, peyokong, peminat dan sesiapa sahaja yang pernah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam pasukan ini. Keputusan ini dibuat kerana kekangan masa dan tugasan kerja hakiki setiap pengurusan yang tidak dapat dielakkan. Kami juga ingin menyeru untuk menyokong Kuching City FC dan Machan FC yang akan bersaing di Liga tempatan Malaysia. Semoga Maju Jaya dan Selamat Hari Raya Aidilfitri dengan ingatan tulus ikhlas Maaf Zahir dan Batin.
13/11/2023
Debut penjaga gol muda Pusak SC menentang Juara M5 Sarawak Maqarize FC. Beliau merupakan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Kuching dan baru berusia 16 tahun. Walaupun agak gugup kerana beraksi buat pertama kali di perlawanan kompetitif menentang pasukan berstatus bintang, sudah pasti ini satu pengalaman yg berharga buat beliau dan satu tindakan berani oleh pihak pengurusan menurunkan beliau di dalam kesebelasan utama.
13/11/2023
Liga Bandaraya (MW1)
Whiteboard FC (0)
Pusak SC (5)
12/11/2023, Cascara
08/11/2023
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuching