SNE Health Kuching
24/09/2021
5 Kesan Stress Terhadap Kesihatan Tubuh Badan Seseorang
Masalah jantung dan angin ahmar. Masalah stress akan menyebabkan kandungan lemak dalam saluran darah meningkat. Jika perkara ini berlaku dalam jangka masa yang panjang, ia akan menyebabkan kandungan lemak yang meningkat ini mendap dan terkumpul dalam saluran darah. Perkara ini akhirnya menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan akhirnya pengaliran darah ke organ terlibat akan berkurangan. Jika perkara ini berlaku pada organ jantung, ia akan menyebabkan serangan jantung dan masalah strok atau angin ahmar untuk organ otak.
Perkara ini juga mengundang kepada masalah kencing manis. Hal ini kerana, stress akan memberi respons agar pankreas kurang menghasilkan hormon insulin. Hormon ini p**a penting bagi memecahkan kandungan gula dalam badan.
Senario stress ini juga boleh mengakibatkan masalah insomnia.
Seperti yang kita sedia maklum, keadaan stress akan menyebabkan fikiran seseorang terganggu. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang menghadapi kecelaruan minda dan akhirnya susah untuk mereka tenang serta tidur. Kurang tidur juga memberikan kesan kepada produktiviti seseorang dan juga akhirnya menyebabkan seseorang bertambah stress.
Mudah untuk dijangkiti sakit penyakit. Stress akan menghasilkan beberapa hormon yang digunakan untuk menghadapi situasi stress. Namun hormon ini akan menyebabkan sistem imuniti badan menjadi lemah. Keadaan ini p**a memberi kesan kepada daya tahan seseorang terhadap jangkitan. Oleh itu, pesakit akan lebih mudah dijangkiti penyakit.
Stress akan menyebabkan seseorang mengalami keradangan gastrik ataupun ketumbuhan ulser pada perut. Fenomena stress akan merangsang penghasilan asid berlebihan dalam perut. Asid yang terlalu banyak akan menyebabkan irritasi pada lapisan perut. Perkara ini akhirnya menyebabkan perut cedera ataupun ketumbuhan ulser.
07/09/2021
TESTIMONI SNE HEALTH😍
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kuching