Pulapol Kuching Official
10/04/2026
PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN
š *Tarikh: 10 April 2026*
š *Tempat: Stadium Bau*
Perlawanan bola sepak di antara Team YDH Komandan menentang Team Timbalan Komandan Latihan telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat.
Perlawanan yang menarik ini berakhir dengan keputusan seri 3 ā 3, memperlihatkan aksi seimbang dan sengit daripada kedua-dua pasukan.
š Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan atas persembahan yang cemerlang dan semangat kesukanan yang tinggi. Syabas atas komitmen, semangat berpasukan dan aksi yang dipamerkan sepanjang perlawanan.
Semoga aktiviti seperti ini dapat terus mengeratkan hubungan serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga PULAPOL.
āLatihan Menjamin Kecemerlanganā
09/04/2026
FINALE!!
ESOK PENENTUAN JUARA
KEJOHANAN BADMINTON PIALA PJP SARAWAK 2026 BETONG.
PULAPOL KUCHING VS IPK SARAWAK
SEMOGA KEJUARAAN MILIK KITA!!
COME ON PLPKš„š„
āLatihan Menjamin Kecemerlanganā
09/04/2026
KUNJUNGAN HORMAT KELAB MENEMBAK CLAY TARGET KUCHING KE PULAPOL KUCHING.
š
Tarikh: 09 April 2026 (Khamis)
ā° Masa: 0930 hrs ā 1030 hrs
š Tempat: Pejabat Timbalan Komandan UT/KA Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching
Kehadiran:
⢠DSP Norlaily bt Md Akhir, Timbalan Komandan UT/KA
⢠ASP Alexander John Sintin, Ajutan
⢠Sjn Khaidir, Wakil persenjataan
Wakil Kelab Menembak Clay Target Kuching:
⢠Encik Endid Nguel
⢠Puan Norsyidah binti Mahmud
⢠Encik Willie Kho Thiam Hong
⢠Encik Chin Chee Boo
Kunjungan hormat ini diadakan sebagai salah satu inisiatif untuk mengeratkan hubungan strategik antara Kelab Menembak Clay Target Kuching dan pihak latihan keselamatan di PULAPOL Kuching. Selain itu, lawatan ini turut bertujuan meningkatkan pengetahuan ahli kelab dalam aspek pengendalian senjata api secara selamat dan profesional.
Kelab ini mempunyai seramai 66 orang ahli yang aktif dalam sukan menembak Clay Target.
Objektif utama lawatan adalah seperti berikut:
š¹ Mengeratkan hubungan kerjasama antara kelab menembak dan pihak polis
š¹ Memberi pendedahan kepada ahli kelab mengenai latihan kepolisan serta pengendalian senjata api
š¹ Berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam teknik menembak Clay Target
š¹ Meningkatkan tahap keselamatan dan disiplin dalam penggunaan senjata api
Semoga hubungan yang terjalin ini dapat terus diperkukuhkan demi manfaat bersama serta memperkasakan aspek keselamatan dan profesionalisme dalam bidang menembak.
āLatihan Menjamin Kecemerlanganā
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
KM24 Jalan Borneo Height
Kuching
93250
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |