PASTI Ar-Rasyidin, TDR

PASTI Ar-Rasyidin, TDR

Share

Photos from PASTI Ar-Rasyidin, TDR's post 10/04/2026

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya PASTI Ar-Rasyidin, TDR dan Sambutan Hari Lahir Siri 1 (JAN-APRIL)

Alhamdulillah 🤍

Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri & Sambutan Hari Lahir Siri 1 semalam dalam suasana yang meriah, ceria dan penuh bermakna 🎉🌙.

Pihak PASTI Ar-Rasyidin ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu ayah yang telah menyumbang juadah yang sangat lazat serta meluangkan masa untuk hadir bersama-sama memeriahkan majlis ini. Kehadiran dan sokongan semua amat kami hargai 💐.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada YB Andansura bin Rabu (ADUN Beserah), Ustaz Zulfadli Zakariah (Ketua Pemuda PAS Pahang) serta barisan AJK Pemuda PAS Indera Mahkota atas kesudian hadir memeriahkan majlis kami. Kehadiran tuan-tuan amat bermakna dan menambahkan lagi seri program ini 🤝✨.

Semoga melalui program seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah, memperkukuhkan silaturahim antara guru, ibu bapa dan anak-anak serta mewujudkan suasana kasih sayang dalam komuniti PASTI kita 🤲✨
Terima kasih semua! ❤️

Photos from PASTI Ar-Rasyidin, TDR's post 12/03/2026

Semalam berlangsungnya Projek Kuih Raya di PASTI Ar-Rasyidin TDR yang penuh dengan keceriaan dan gelak tawa anak-anak. 🍪✨

Anak-anak begitu teruja apabila berpeluang bersama-sama membuat kuih raya sebagai salah satu aktiviti sempena program Ihya’ Ramadhan. Walaupun masih kecil, mereka sangat bersemangat mencuba, belajar dan bekerjasama dengan rakan-rakan.

Suasana sepanjang aktiviti berlangsung dalam keadaan seronok, ceria dan terkawal, dengan bimbingan guru-guru yang sentiasa memastikan setiap anak dapat terlibat dengan baik. Aktiviti seperti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada anak-anak, malah membantu memupuk kemahiran bekerjasama, kesabaran serta menambahkan lagi kegembiraan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Alhamdulillah, satu pengalaman yang sangat bermakna buat anak-anak PASTI Ar-Rasyidin. Semoga kenangan ini menjadi memori indah dalam perjalanan pembelajaran mereka. 💚

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


No. 21, Lorong Taman Dato' Rashid Salleh 25
Kuantan