InSmartive

InSmartive

Share

24/02/2026

Dengan penuh rasa dukacita, saudara kita, Allahyarham Muhammad Hariz bin Sofian telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Kepada rohnya, kita hadiahkan bacaan Surah Al-Fatihah semoga dicucuri rahmat oleh Allah Taala. Buat keluarga arwah, kita doakan kesabaran supaya pemergiannya dari alam yang fana ke alam yang baqa diredai dengan perasaan tabah. Damailah dikau saudara kami Allahyarham Muhammad Hariz bin Sofian di sana dalam kalangan para solihin dan mukminin di sisi Allah Taala.

TERKINI - Jenazah Allahyarham kini telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul 'Aliyah Saujana Utama, Sungai Buloh sekitar jam 11.00 malam, Selasa, 6 Ramadan 1447 Hijrah bersamaan 24 Februari 2026 Masihi setelah menjalani prosedur bedah siasat di Hospital Sungai Buloh dan seterusnya dibawa ke Masjid Saujana Utama untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah.

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (Al-Quran, Surah al-Fajr: 27-30)

Photos from InSmartive's post 18/08/2025

PROGRAM MOBILITI KEMBARA ANTARABANGSA SMART REACH OUT: “REPUBLIK SINGAPURA”

Program Mobiliti Kembara Antarabangsa Smart Reach Out: Republik Singapura yang dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 22 Ogos 2025 ini akan membuka tirai kolaborasi antara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Jamiyah Singapore (Muslim Missionary Society Singapore).

Melalui program ini, para peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti akademik bersama pihak Jamiyah, menjalankan khidmat komuniti di rumah kebajikan, serta meneroka sejarah dan warisan Republik Singapura.

Inisiatif ini menjadi wadah penting dalam memperkayakan ilmu, kepimpinan dan pengalaman di peringkat antarabangsa. Ikuti rapat perkembangan program ini dan nantikan perkongsian menarik daripada kami sepanjang pengembaraan!

“Insmartive Training Ground, Ain’t Playground”

Want your university to be the top-listed University in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kuantan