MSPahang

MSPahang

Share

03/03/2026

Kuantan, 3 Mac 2026 – Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP) telah mengadakan satu pertemuan strategik bersama delegasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Alumni), Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed, Pengarah Pusat Sukan En.Mohd Aznorizamin Bin Haji Ismail dan Prof. Dato’ Dr. Kamal Zuhairi Zamli.

Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat itu memberi tumpuan kepada perbincangan hala tuju kerjasama melibatkan pembangunan atlet, sokongan kepakaran sains sukan serta perkongsian fasiliti dan penyelidikan.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah pegawai-pegawai kanan MSP bagi memperincikan bentuk kolaborasi yang berpotensi memberi impak positif kepada pembangunan sukan negeri Pahang secara menyeluruh.

MZSA

03/03/2026

Kuantan, 3 Mac 2026 – Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP) telah mengadakan satu pertemuan strategik bersama delegasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed dan Pengarah Pusat Sukan UMP, Prof. Dato’ Dr. Kamal Zuhairi Zamli.

Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat itu memberi tumpuan kepada perbincangan hala tuju kerjasama melibatkan pembangunan atlet, sokongan kepakaran sains sukan serta perkongsian fasiliti dan penyelidikan.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah pegawai-pegawai kanan MSP bagi memperincikan bentuk kolaborasi yang berpotensi memberi impak positif kepada pembangunan sukan negeri Pahang secara menyeluruh.

MZSA

Photos from MSPahang's post 02/03/2026

KENYATAAN SEBUT HARGA MAJLIS SUKAN PAHANG

Majlis Sukan Pahang adalah dengan ini mempelawa pembekal-pembekal yang layak dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mengemukakan tawaran sebut harga seperti berikut:

1. Membekal Dan Menghantar Basikal Dan Alat Ganti Sukan Berbasikal SUKMA Negeri Pahang Tahun 2026 (SUKPHG-11.400-5/3/69(2026-2)
2. Membekal Dan Menghantar Peralatan Latihan Dan Pertandingan Sukan Memanah Bagi Program SUKMA Negeri Pahang Tahun 2026 (SUKPHG-11.400-5/3/69(2026-3)
3. Membekal Dan Menghantar Makanan Tambahan, Ubatan Tidak Berjadual Dan Barangan Fisioterapi Untuk Atlet SUKMA Negeri Pahang Tahun 2026 (SUKPHG-11.400-5/3/69(2026-4)
4. Membekal Dan Menghantar Peralatan Latihan Pasukan Gimnastik SUKMA Negeri Pahang Tahun 2026 (SUKPHG-11.400-5/3/69(2026-5)
5. Membekal Dan Menghantar Peralatan Latihan Dan Pertandingan Pasukan Pelayaran SUKMA Negeri Pahang Tahun 2026 (SUKPHG-11.400-5/3/69(2026-6)

πŸ“… Tarikh Buka: 02 Mac 2026 (Isnin)
⏰ Tarikh Tutup: 09 Mac 2026 (Isnin), jam 12.00 tengah hari

πŸ“ Dokumen sebut harga boleh diperolehi di Aras 1, Kaunter Bahagian Kewangan, Majlis Sukan Pahang pada waktu pejabat:
Isnin - Khamis: 8.30 pagi - 12.30 tengah hari/ 2.30 petang - 4.30 petang
Jumaat: 8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Pembekal yang berminat adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga ini.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak Majlis Sukan Pahang.

πŸ“Œ Terima kasih atas kerjasama anda.
MZSA

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Majlis Sukan Pahang, Kompleks SUKPA, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00