JPW Pahang
10/07/2026
PEMANTAUAN PROGRAM DI BAWAH BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN JABATAN PEMBANGUNAN WANITA
5 Julai 2026 (Ahad) – Keselamatan Saya, Hak Saya: Program Penghakupayaan & Kesedaran Untuk Belia Wanita anjuran Persatuan Kebajikan Aruloli Malaysia telah diadakan di Tunku Abdul Rahman University of Management & Technology (TAR UMT), Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, dengan penyertaan seramai 48 orang belia wanita.
Slot 1 bertajuk Hak Wanita & Perlindungan Undang-undang: Apa yang Perlu Anda Tahu telah disampaikan oleh Cik Khirranya Ganesan. Perkongsian merangkumi Akta Kanun Keseksaan, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, Akta Kanak-kanak 2001, Akta Antigangguan Seksual 2022, prosedur membuat laporan polis, saluran bantuan seperti Talian Kasih, Women's Aid Organisation (WAO) dan One Stop Crisis Centre (OSCC) serta perbincangan kajian kes berkaitan gangguan seksual dalam talian. Slot 2 yang dikendalikan oleh Puan Vanitha Rama Krishnan memberi penekanan kepada aplikasi dalam kehidupan melalui aktiviti berkumpulan, simulasi situasi sebenar, perbincangan mengenai buli siber serta kesedaran berkaitan penipuan dalam talian.
Slot 3 bertajuk Keselamatan Diri dan Ancaman Semasa: Realiti dan Tindakan Bijak telah disampaikan oleh Inspektor NurAisyah A. Zulkefli daripada Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak, IPK Pahang. Ceramah memberi fokus kepada ancaman jenayah seksual, jenayah siber, keganasan terhadap wanita serta langkah-langkah pencegahan. Penceramah berpeluang berkongsi maklumat dengan informasi yang memperkenalkan fungsi Unit Seksual, Malaysia Internet Crime Against Children (MICAC), Unit Sokongan Mangsa (VCO), Children Investigation Unit CIC dan Unit Keganasan Rumah Tangga, di samping perkongsian mengenai trend jenayah semasa, hukuman bagi kesalahan seksual, faktor wanita menjadi mangsa serta langkah pencegahan.
Program diakhiri dengan Slot 4: Taklimat Anti Gangguan Seksual yang disampaikan oleh Pengarah PPWN Pahang, Puan Zareena Haji Ahmad. Taklimat ini memberi penerangan mengenai kesedaran terhadap gangguan seksual, hak mangsa, saluran aduan serta kepentingan mewujudkan persekitaran yang selamat dan saling menghormati. Hasil pemantauan mendapati program telah dilaksanakan dengan baik mengikut perancangan dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kandungan program adalah relevan, interaktif dan berjaya meningkatkan pengetahuan, kesedaran serta keyakinan peserta mengenai hak wanita, keselamatan diri, perlindungan undang-undang dan mekanisme mendapatkan bantuan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan kepada lebih ramai belia wanita di seluruh negara agar mereka lebih peka terhadap hak-hak yang dimiliki, berani mendapatkan bantuan apabila diperlukan serta mampu melindungi diri daripada pelbagai bentuk ancaman dan gangguan. Program sebegini juga diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, berpengetahuan dan bersama-sama menyokong usaha membanteras keganasan serta gangguan terhadap wanita.
09/07/2026
E-SIJIL PROGRAM MATAHARI SIRI KE-13
Tajuk: TENANG JE.. pada 8 JULAI 2026 (RABU)
𝐒𝐈𝐀𝐏 𝐃𝐈𝐉𝐀𝐍𝐀. Tuan/puan boleh muat turun (download) di sini : https://sites.google.com/jpw.gov.my/sijil-jpw-pahang/home
05/07/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐓𝐀𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Tenang je... bukan bermaksud memendam, tetapi belajar mengurus emosi dengan bijaksana.
"Tenang Je" untuk membina ketenangan minda, menguatkan emosi dan menjalani kehidupan dengan lebih sejahtera. 💛
Jom bersama Program MATAHARI untuk menghayati topik seperti maklumat dibawah:
🌻 Tajuk : Tenang Je..
🗓️ Tarikh : 8 Julai 2026 (Rabu)
⏰ Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
👤 Dr. Wan Nurul Izza binti Wan Husin
Pensyarah,
Jabatan Psikologi,
Fakulti Pembangunan Manusia
Penyelaras 2, Pusat Ulul Albab
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Selamat Menonton ! Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua.
📌📌E-SIJIL DISEDIAKAN
JOM LIKE & SHARE
26/06/2026
E-SIJIL PROGRAM MATAHARI SIRI KE-12
Tajuk: RENTAK JANTUNG IBU, DAMAI JIWA ANAK 𝐒𝐈𝐀𝐏 𝐃𝐈𝐉𝐀𝐍𝐀. Tuan/puan boleh muat turun (download) di sini : https://sites.google.com/jpw.gov.my/sijil-jpw-pahang/home
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA NEGERI PAHANG, A-589 Jalan TELUK SISEK
Kuantan
25150
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |