KEMAS Negeri Pahang

KEMAS Negeri Pahang

Share

Kampung Desa Murni rangkul johan Anugerah Aspirasi Desa MADANI 2025 - Pahang Media 06/07/2026

Kampung Desa Murni rangkul johan Anugerah Aspirasi Desa MADANI 2025 - Pahang Media Oleh: Ain Nadhirah BashaFoto: Ezzatul Syafiqa Asmawai MARAN, 6 JULAI 2026 : β€œTok Wan memang sangat prihatin dan cakna terhadap rakyat. Kami warga Desa Murni amat menghargai segala sokongan serta sumbangan yang telah diberikan sepanjang penyertaan dalam pertandingan ini,” kata Pengerusi JPKK Kamp...

Photos from KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat's post 06/07/2026

πŠπ€πŒππ”ππ† 𝐃𝐄𝐒𝐀 πŒπ”π‘ππˆ, πŠπ„π‘πƒπ€π” πƒπˆππŽππ€π“ π‰πŽπ‡π€π 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 π”π“π€πŒπ€ π€π’ππˆπ‘π€π’πˆ 𝐃𝐄𝐒𝐀 πŒπ€πƒπ€ππˆ (π€πƒπŒ) ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“

JENGKA, 6 Jul. – Kampung Desa Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang dinobatkan sebagai Johan Anugerah Utama Aspirasi Desa MADANI (ADM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 pada sambutan Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026 dan Hari Peneroka FELDA 2026 yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.

Anugerah berprestij itu disampaikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, sebagai pengiktirafan tertinggi kepada kampung yang mempamerkan kecemerlangan dalam aspek tadbir urus, kepimpinan serta pembangunan komuniti berteraskan aspirasi Malaysia MADANI.

Selain dinobatkan sebagai johan dan membawa p**ang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala Kampung Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka muncul sebagai Naib Johan, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM70,000 berserta trofi. Tempat Ketiga p**a dimenangi oleh Uma Daro, Belaga, Sarawak yang menerima hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Pengiktirafan ini mencerminkan kejayaan komuniti desa yang berjaya menampilkan kecemerlangan dalam tadbir urus, kepimpinan serta pembangunan komuniti.

Dalam ucapan beliau, YAB Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa pembangunan luar bandar tidak lagi hanya tertumpu kepada penyediaan prasarana fizikal, sebaliknya perlu dipacu melalui pengukuhan modal insan, kepimpinan komuniti, inovasi, pendigitalan dan penyertaan aktif masyarakat.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Anugerah Aspirasi Desa MADANI menjadi platform strategik KKDW dalam mengiktiraf komuniti yang berjaya menterjemahkan nilai-nilai Malaysia MADANI melalui tadbir urus yang berkesan, pembangunan ekonomi setempat dan kesejahteraan komuniti.

Anugerah Aspirasi Desa MADANI (ADM) Peringkat Kebangsaan merupakan kesinambungan kepada ADM Peringkat Negeri Tahun 2024 yang menghimpunkan 14 kampung johan negeri untuk dinilai di peringkat kebangsaan.

Proses penilaian dilaksanakan selama tiga bulan melibatkan panel hakim daripada pelbagai kementerian dan jabatan berdasarkan lima komponen utama iaitu Audit Pengurusan, Bahas MADANI, Pengucapan Awam, IPPK Unggul dan Video Kreatif.

Selain penyampaian Anugerah Utama Aspirasi Desa MADANI, YAB Timbalan Perdana Menteri turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Perintis Huffaz MRSM Ulul Albab FELDA serta Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA (AKRF).

Turut berlangsung ialah pelancaran Jurnal My Rural Insight (MRI), pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara RISDA dan FELDA, serta pengumuman Agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 1/2026 FELCRA Berhad sebagai sebahagian daripada pengisian utama sambutan.

Sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terus memainkan peranan penting dalam memperkasa komuniti luar bandar melalui pembangunan modal insan, pendidikan sepanjang hayat, latihan kemahiran serta pelbagai program pembangunan komuniti. Komitmen ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan komuniti desa yang berdaya saing, inklusif dan mampan.

Penganjuran Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026 yang diadakan bersekali dengan Hari Peneroka FELDA 2026 mencerminkan komitmen berterusan KKDW dalam mengangkat agenda pembangunan luar bandar sebagai pemacu kesejahteraan rakyat, selaras dengan tema sambutan "Ke Arah Komuniti Luar Bandar yang Dinamik, Makmur dan Bahagia."

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Kuantan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00