APM Pahang
06/05/2026
TAHNIAH APM PAHANG!
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang atas kejayaan merangkul JOHAN bagi Kategori Berkumpulan dalam Civil Defence Endurance Challenge HiPA 2026 Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Kali Ke-74.
Pertandingan ini menguji keupayaan fizikal, mental dan kemahiran peserta melalui dua kategori iaitu Kategori Berkumpulan dan Kategori Individu. Para peserta telah melalui pelbagai cabaran mencabar termasuk:
✅ Ketahanan & Halangan
✅ Teknikal Menyelamat
✅ Pengurusan Bencana
✅ Renang
✅ Peralatan Operasi
✅ Bentang & Gulung Hos
✅ Flip Tayar
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh dan cemerlang pada masa akan datang!
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Adam Rahman
30/04/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA TAHUN 2026
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kerja yang terus berbakti dengan penuh dedikasi dan semangat. Khususnya kepada warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang. Semoga kita semua terus cekal, berintegriti, dan komited dalam menjalankan amanah demi kesejahteraan negara.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Adam Rahman
28/04/2026
EKSPEDISI PENDAKIAN GUNUNG DAIK, KABUPATEN LINGGA
Sempena dengan Program Kursus Jati Diri Jejak Warisan dan Silang Budaya Pahang - Lingga Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Pahang 2026, Pengarah Angkatan Pertanahan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, YS Kol.(PA) Che Adam Bin A.Rahman, bersama Kapt.(PA) Muszaidi Bin Musa dan Kapt.(PA) Mohamad Irwan Bin Mohamad mewakili APM Pahang, turut bersama dalam ekspedisi berkenaan, pada 25 dan 26 April 2026.
Pendakian Gunung Daik setinggi 1065 M dari aras laut, yang turut disertai pelbagai jabatan/agensi dari Negeri Pahang ini, melibatkan seramai 53 org pendaki. Disamping itu juga, trio APM Pahang ini, juga bersama membantu berperanan dalam kesiapsiagaan keselamatan disepanjang program pendakian tersebut.
Semua pendaki berjaya ke puncak bahu Gunung Daik pada 25 April 2026, anggaran jam 1530 hrs, yang merupakan ikon kebanggaan Kepulauan Riau Lingga.
Kumpulan pendaki ini juga, turut diselia / dibantu dalam aspek kesiapsiagaan keselamatan daripada pasukan Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD), BASARNAS & POLRI.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Gunung Daik bercabang tiga,
Kabus pagi menyelubung puncak,
Langkah naik penuh usaha,
Sampai ke atas hati pun cekal.
Gunung Daik tinggi berdiri,
Awan berarak di hujung tanjak,
Jika tekad di dalam diri,
Payah mendaki jadi mudah.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Adam Rahman
28/04/2026
Selasa | 28 April 2026 - Lawatan Ke Badan Penaggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Lingga oleh YS Pengarah APM Pahang.
Sempena dengan Program Kursus Jati Diri & Silang Budaya Jabatan/Agensi Kerajaan N.Pahang 2026 di Daik Lingga, YS Kol.(PA) Che Adam A.Rahman, bersama Kapt.(PA) Muszaidi & Kapt.(PA) Mohd Irwan, mewakili APM Pahang, berkesempatan melakukan lawatan kerja ke BNPD Lingga.
Lawatan berkenaan disambut oleh Pak Okta, yang merupakan Ketua BNPD tersebut.
Lawatan ini bertujuan bertukar pendapat / pandangan berkaitan dgn pengurusan bencana di daerah berkenaan.
Delegasi APM Pahang juga, diterangkan dgn beberapa aset / fasiliti di lokasi tersebut.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Adam Rahman
14/04/2026
PELARASAN PANGKAT PEGAWAI SKIM KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM (SKIM KP) APM PAHANG
Tahniah diucapkan kepada Kapt. (PA) Mohd Khairi bin Ghazali, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jerantut atas pelarasan pangkat kepada Kapten Pertahanan Awam Gred KP3 (TBK2).
Semoga dengan pelarasan kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin untuk terus berbakti dengan lebih cemerlang, berintegriti dan berwibawa. Diharapkan agar amanah yang diberikan dapat dipikul dengan penuh tanggungjawab, serta sentiasa menjadi contoh kepimpinan yang unggul kepada anggota lain demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat.
Ikhlas daripada YS. Kol. (PA) Che Adam bin A. Rahman, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Adam Rahman
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
Lot 1057, 1058 Jalan Beserah
Kuantan
26100
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:30 |
| Tuesday | 08:00 - 17:30 |
| Wednesday | 08:00 - 17:30 |
| Thursday | 08:00 - 17:30 |
| Friday | 08:00 - 17:30 |