Briged Tenggara PGA Rasmi

Briged Tenggara PGA Rasmi

Share

Photos from Briged Tenggara PGA Rasmi's post 30/05/2026

BANTUAN MAJLIS KORBAN PERDANA MADANI PARLIMEN INDERA MAHKOTA 2026

KUANTAN, 30 Mei 2026 – Seramai 12 Pegawai Rendah Polis (PRP) daripada Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA dan Batalion 7 PGA telah melaksanakan bantuan penugasan sempena Majlis Korban Perdana Madani Parlimen Indera Mahkota 2026 yang diadakan di Padang Futsal Kampung Bukit Bayroute, Kuantan, Pahang hari ini.

Penugasan yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi itu melibatkan bantuan pengurusan dan kelancaran program bagi memastikan majlis berlangsung dengan teratur, selamat dan lancar.

Penglibatan warga Pasukan Gerakan Am dalam program kemasyarakatan seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mendukung aspirasi komuniti serta memperkukuhkan hubungan erat antara polis dan masyarakat.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”

Photos from Briged Tenggara PGA Rasmi's post 27/05/2026

OP TARING WAWASAN KELANTAN

Tumpat, 26 Mei - Strike Force Kompeni A Batalion 7 PGA Kuantan berjaya menahan seorang lelaki tempatan di Kampung Geting, Pengkalan Kubor sekitar jam 6.40 petang semalam. Suspek ditahan berhampiran sebuah rumah selepas pasukan polis bertindak atas maklumat risikan yang diterima.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek menemukan sebanyak 390 biji pil disyaki dadah jenis Epam yang disimpan di dalam poket belakang seluar jeans hitam miliknya selain sebuah telefon bimbit jenis iPhone. Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke BSJND IPD Tumpat untuk tindakan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM5,400.00 dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai membeli pil Epam tersebut melalui platform dalam talian untuk kegunaan sendiri dengan harga sekitar RM40 bagi satu papan. Pemeriksaan lanjut melalui aplikasi MCAD turut mendapati suspek mempunyai rekod lampau melibatkan kesalahan di bawah Akta Racun 1952 serta Akta Dadah Berbahaya 1952. Pihak berkuasa memaklumkan pemantauan dan pemeriksaan di sektor Pengkalan Kubor akan terus dipergiatkan bagi membanteras sebarang aktiviti menyalahi undang-undang, manakala kes rampasan telah dirujuk kepada BSJND IPD Tumpat untuk siasatan lanjut.

Batalion 7 PGA Kuantan
Pasukan Gerakan Am - PGA
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Markas Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Bukit Galing
Kuantan
25990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00