Akademi Khat Negeri Pahang

Akademi Khat Negeri Pahang

Share

Photos from Akademi Khat Negeri Pahang's post 07/09/2024

Selesai pendaftaran semalam bagi peserta Latihan Berpusat Acara Khat Kontinjen Negeri Pahang Sempena Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (Miismam) Kali Ke-10 Tahun 2024 yang akan diadakan di Johor kelak.

Sehubungan itu,Ketua Penyelaras Akademi Khat Negeri, Ustaz Khairi Izat Amir telah dilantik sebagai jurulatih bagi Acara Khat bagi kontinjen Negeri Pahang pada kali ini.

Para peserta akan 'berkampung' di Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang selama 7 hari bermula 13-15 September 2024.

Moga kejayaan menyusul bagi skuad kontinjen Negeri Pahang Darul Makmur.

Photos from Akademi Khat Negeri Pahang's post 05/08/2024

Program Mahrajan Persuratan & Kesenian Islam Sabah

Tarikh : 19-23 Julai 2024.
Tempat : Membakut, Sabah.

Penglibatan pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) mewakili Akademi Khat Negeri Pahang ke Program Bengkel & Pertandingan Khat Peringkat Antarabangsa sempena Perkampungan Khattat Sedunia Kali Ke-2 dalam Program Mahrajan Persuratan & Kesenian Islam Sabah. Perkampungan Khattat Sedunia dan Pertandingan Khat Spontan Kebangsaan dan Antarabangsa dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bersama Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah.

Delegasi dari Akademi Khat Negeri Pahang(AKNP) ini diketuai oleh En. Khairi Izat Amir bin Mohd Izam selaku Penyelaras AKNP bersama 2 pelajar dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) iaitu saudara Muhammad Alif Zafran bin Muhammad Ilham Firdaus dan Muhammad Nawal Hassan bin Mohd Zawawi manakala 3 pelajar dari Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) iaitu Azizul Rifqi bin Mohd Azri Adzuan,Muhammad Aqeel Danish bin Mohd Noor Hisham dan Muhammad Nurhisyam bin Mohd Nor.

Program in telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah).Tokoh Seni Khat yang turut hadir ialah Sheikh Ahmad Faris, seorang pakar seni khat dari Istanbul,Turki. Beliau banyak memberi sumbangan dalam bidang seni khat serta sering memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa dan terlibat sebagai hakim di pertandingan yang berprestij.
#الخط

Photos from BERNAMA's post 10/07/2024

[WATIKAH PERLANTIKAN AGONG KE-17]

Penglibatan Ketua Penyelaras Akademi Khat Negeri Pahang (AKNP) Ustaz Khairi Izat Amir dalam penulisan watikah perlantikan Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar sebagai agong ke-17. Majlis Istiadat Pertabalan Baginda akan di adakan pada 20 Julai 2024. Sekaligus ini menjadi pencapaian yang membanggakan bagi pihak AKNP serta Yayasan Pahang sebagai penaung utama bagi akademi ini.

Khat Pahang, Kesenian Islam

Admin: Azhan Hamka
10 Julai 2024

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kuantan
26400