JMG Pahang Rasmi
04/06/2026
𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗨𝗟𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗟𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗞𝗜𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗗𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗢𝗠𝗕𝗢𝗡𝗚 (𝗦𝗞𝗦𝗣𝗠) 𝗕𝗜𝗟 𝟓/𝟮𝟬𝟮𝟲
04 Jun 2026 | Khamis - Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) Pahang telah mengadakan mesyuarat tersebut bagi membincangkan dan menilai kelulusan permohonan SKSPM di Bilik Mesyuarat Nilam, JMG Pahang. Mesyuarat dikendalikan oleh Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (LK) dan telah dipengerusikan oleh Tn. Pengarah JMG Pahang, En. Mohamed Hizam b. Abdul Kadir. Turut dijemput adalah jurutera perunding dan operator lombong yang terlibat. Selain itu, wakil dari Unit Pengurusan Maklumat serta Unit Geosains turut hadir semasa mesyuarat tersebut.
Sejumlah 4 permohonan SKSPM telah dibincangkan dan dinilai dalam mesyuarat kali ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat memberikan input-input yang baik dalam mempertimbangkan setiap permohonan tersebut.
See less
14/05/2026
𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗗𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗢𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗜, 𝗠𝗔𝗥𝗔𝗡, 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚
11 Mei 2026 | Isnin – Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Pahang telah mengadakan Sesi Libat Urus Pertama Penyediaan Pelan Pembangunan Geotapak Jeram Pelangi, Maran, Pahang bertempat di Bilik Mesyuarat Ghurfah, Dewan Jubli Perak, Maran. Sesi ini dihadiri oleh wakil daripada pelbagai agensi dan pihak berkepentingan, antaranya Pejabat Daerah dan Tanah Maran, Majlis Daerah Maran, Perbadanan Taman Negeri Pahang, Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera, PLANMalaysia, Pejabat Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Maran, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Maran, MOTAC Pahang, Tourism Pahang, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Maran, serta Pejabat Perhilitan Daerah Maran. Turut hadir ialah wakil komuniti yang terdiri daripada Penghulu Mukim Chenor (Jengka/Kuala Sentul) serta Pengerusi JPKKK Kg. Kuala Sentul, Kg. Jara, dan Kg. Bangas.
Sesi dimulakan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Pengarah JMG Pahang, YBrs. En. Mohamed Hizam bin Abdul Kadir. Seterusnya, sesi pembentangan oleh wakil kontraktor projek telah diadakan merangkumi hasil kajian yang telah dijalankan, draf pelan pembangunan geotapak, serta cadangan lokasi pemasangan panel maklumat. Selepas pembentangan, para peserta telah memberikan maklum balas dan pandangan terhadap draf pelan pembangunan tersebut bagi tujuan penambahbaikan.
Pihak JMG Pahang merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi ini. Adalah diharapkan agar pelan pembangunan geotapak yang komprehensif dapat dihasilkan, sekali gus memberi manfaat kepada pembangunan Aspirasi Maran-Chini Geopark.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Jalan IM 4/1, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25604
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 17:30 |
| Tuesday | 07:30 - 17:30 |
| Wednesday | 07:30 - 17:30 |
| Thursday | 07:30 - 17:30 |
| Friday | 07:30 - 17:30 |