SMK Gudang Rasau - SEGRA
22/05/2026
π Mesyuarat 3K
Mesyuarat melibatkan Pengurusan Sekolah, Kontrak Kebersihan Bangunan & Kawasan (KBK) serta Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) telah diadakan seperti ketetapan berikut:
π Tarikh: 15 Mei 2026 (Jumaat)
π Masa: 3.00 petang β 4.30 petang
Semoga kerjasama yang terjalin dapat memastikan aspek kebersihan, keselamatan dan keceriaan sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan warga sekolah. π€β¨
21/05/2026
πΈβ¨ JAMBANGAN KASIH, HARUMAN BUDI β¨πΈ
Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada
π· Ustazah Datin Sharipah Norraiham Bt Syed Agerπ·
atas segala jasa, bakti dan dedikasi sepanjang berkhidmat mendidik serta mencurahkan ilmu dengan penuh komitmen dan kasih sayang.
Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan ketenangan dalam menjalani fasa persaraan. π
βJasa dikenang, budi disanjung, kenangan terpahat selamanya.β
Selamat bersara dan selamat menempuh lembaran baharu kehidupan. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. β€οΈ
20/05/2026
π SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI PEKERJA π
π
Tarikh : 20 Mei 2026
π Hari : Rabu
π Tempat : Anjung Bestari
"Guru Bitara, Nadi Negaraβ
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua guru yang sentiasa mendidik dengan penuh dedikasi, membimbing tanpa jemu serta menjadi inspirasi dalam membentuk generasi masa depan negara.
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru amat bernilai dalam melahirkan insan berilmu, berakhlak dan berjaya. Semoga semua warga pendidik terus diberikan kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam menjalankan amanah yang mulia ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Kuantan Gambang
Kuantan
25150
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |