Exsas Eagles Rugby Club - EERC

Exsas Eagles Rugby Club - EERC

Share

19/02/2025

PAHANG RUGBY CLOSED 10s 2025.

Untuk makluman, pasukan EERC akan menyertai Kejohanan Ragbi Tertutup Pahang 10s yang akan berlangsung di Padang Bandaran, Majlis Perbandaran Bentong, Bentong, Pahang anjuran Kesatuan Ragbi Negeri Pahang ( Pahang Rugby ).

Kejohanan ini akan disertai oleh 24 pasukan kelab/agensi dalam negeri Pahang.

Ini merupakan tahun ke 3 penyertaan EERC dalam kejohanan ini. Tahun 2023, EERC menjadi johan Bowl dan pada tahun lepas 2024, EERC mendapat tempat naib johan Plate.

Edisi tahun ini, EERC diundi dalam kumpulan E bersama ASTA RC (Raub), WIDAD Eagles (Kuantan) dan Bentong Ryders RC (Bentong).

Pasukan EERC adalah dibawah pengurus En. Lat, dan head coach En. Kudin.

Kepada yang kelapangan, bolehlah sama-sama hadir menyokong pasukan EERC.

07/07/2023

ATSC PAHANG RUGBY CHAMPIONSHIP 2023

Perlawanan kedua EERC dalam Pool A bertemu Kelab Ragbi Alumni SHAH (KRAS) di padang keramat SEMSAS pada petang esok, 8 Julai 2023, kick-off jam 3.00 petang.

Selepas menang dengan RMAF Goshawks 2 minggu lepas, EERC memerlukan satu lagi kemenangan untuk secara mutlak melayakkan diri ke Peringkat Suku Ahir (Play-off 1-8) dengan ranking yang terbaik.

KRAS yang pertama kali menyertai kejuaraan 15s Pahang Rugby bukanlah asing di kalangan EERC dan prestasi kelab itu sukar diramal. EERC akan menurunkan skuad terbaik dengan membawa masuk pemain-pemain regular kelab untuk perlawanan kali ini.

Pertemuan dengan KRAS dalam 15s kali ini merupakan kali ke 5 sejak tahun 2016. Secara tradisi perlawanan EERC dan KRAS akan mempertandingkan Piala Sultan Hj Ahmad Shah (SHAS Cup). Kali terakhir SHAS Cup dipertandingkan adalah pada tahun 2019 di SHAH Pekan dengan kemenangan di pihak EERC.

All the best untk team EERC. Flying high.

13/05/2023
Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kuantan