Persatuan Pelastik Rekreasi
01/12/2024
Alhamdulillah, Persatuan Pelastik Rekreasi telah dijemput oleh Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan untuk turut menjayakan program Family Sport bagi acara lastik sempena program Usrati anjuran Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan bertempat di Masjid Jamek Kg Kempadang pada 30/11/2024 (Sabtu).
Program berlangsung dengan jayanya. Gambar dan video sekitar program berlangsung.
Terima kasih pihak Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan kerana sudi menjemput Persatuan menjayakan program ini. Semoga dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
23/04/2024
Assalamualaikum WBT
Sempena pembukaan lapang sasar lastik dan memanah di kem Park Su Chalet Jeram Pasu, kami sedang giat mempromosikan kepada penduduk sekitar dan rakan-rakan peminat lastik untuk datang ke lapang sasar kami.
Dengan kerjasama Persatuan Pelastik Rekreasi dan Hero Eagle Slingshot, satu pertandingan cabaran melastik 2D akan diadakan di ketetapan berikut :-
Tarikh : 1 Jun 2024 (Sabtu)
Lokasi : Kem Park Su Chalet Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Memandangkan peruntukan terhad sokongan rakan-rakan untuk hadir sertai atau menaja pertandingan ini amat kami hargai.
Mohon diwar-warkan kepada rakan-rakan yang lain.
Semoga sukan melastik akan semakin berkembang dan diminati sebagai salah satu sukan di negara kita.
Terima kasih
S/U PERSATUAN PELASTIK REKREASI
Pasang tapak.. bersedia.. tarik nafas.. aiming dan lepas ke sasaran. Keting keting bunyi hit target.
Semakin menarik dan popular permainan zaman kanak-kanak ni. Sekarang dah semakin tepat ke sasaran mengunakan asas dan teknik yang betul.
Ada yang berminat nak cuba atau dapatkan set lengkap? Boleh hubungi kami untuk lokasi latihan di sekitar pahang dan negeri di semenanjung serta sabah sarawak.
Boleh hubungi Persatuan Pelastik Rekreasi dan team Pahang Slingshots untuk mencuba aim target sekecil 4cm dengan jarak 10 meter atau wasap ke SU persatuan 0199300184
Klik link ni terus www.wasap.my/60199300184/caralastik
13/12/2023
Salam..
Guli tanah 9 mm magnetic 9 mm mudball.. Boleh order sini geng. Stok baru sampai
https://shp.ee/3wtnw5j
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kuantan
25200